Tanguy Ndombele: Bintang Muda Lyon Yang Mencuri Tumpuan Kelab Eropah

Nama Tanguy Ndombele dikatakan menjadi perhatian beberapa kelab utama Eropah, termasuk dari Liga Perdana Inggeris di jendela perpindahan musim panas ini.

Paris Saint-Germain, Manchester United, Manchester City dan Tottenham Hotspur dikatakan antara kelab yang mahukan pemain tengah Lyon ini. Tetapi siapakah Tanguy Ndombele? Apakah istimewanya pemain ini? Apakah peluang kelab-kelab ini untuk menyambar beliau dari Lyon. Berikut adalah antara perkara yang boleh membantu anda mengenali bintang muda baru dari Perancis ini.

Skuad kebangsaan Perancis

Selepas beraksi dengan baik pada awal musim 2018/19, Ndombele menerima panggilan daripada Didier Deschamps untuk menyertai skuad kebangsaan Perancis. Penampilan sulung di arena antarabangsa ialah pada 11 Oktober lalu, apabila dimasukkan sebagai pemain gantian untuk Paul Pogba dalam perlawanan menentang Iceland. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Tanguy Ndombele of France during the qualifying European U21 match between France and Luxembourg on September 11, 2018 in Strasbourg, France. (Photo by Sebastien Bozon/Icon Sport via Getty Images)

Mempunyai pertalian darah yang berasal dari Congo, Ndombele dilahirkan di Perancis dan pernah beraksi untuk skuad Perancis Bawah-21 sebanyak 11 perlawanan. Sehingga kini, pemain tengah Lyon ini sudah memiliki lima penampilan bersama skuad senior Perancis – termasuk perlawanan persahabatan menentang Bolivia semalam.

Aspek taktikal dan teknikal

Berketinggian 181cm dianggap rendah bagi pemain di Eropah. Namun ia memberi kelebihan dari segi kelincahan untuk Ndombele menggelecek pemain lawan. Antara kelebihan utama pemain ini ialah kemahiran beliau mencari ruang untuk dirinya sendiri untuk menerima hantaran dari rakan sepasukan – ketika melakukan serangan.


Tampil di dalam 98 perlawanan senior sejak bergelar pemain profesional bersama Guingamp pada 2014, Ndombele kini sudah merekodkan 19 bantuan gol untuk pasukannya. Tujuh daripadanya dihasilkan pada musim ini bersama Lyon. Sentuhan penyudah mungkin bukan kekuatan utama pemain ini. Hanya tiga gol dijaringkan untuk Lyon sejak dua musim lalu. Tetapi tugas sebenar beliau ialah untuk menghasilkan bantuan gol untuk rakan penyerang yang lain.

Aset berharga

Walaupun kebanyakkan laporan media mengatakan nilai beliau adalah sekitar €35 juta, Lyon mungkin akan mempertahankan pemain yang dianggap sebagai aset ini untuk memaksa bidaan yang lebih tinggi daripada mana-mana kelab yang mahukan khidmat Ndombele.

SINSHEIM, GERMANY – OCTOBER 23: Tanguy Ndombele of Olympique Lyonnais celebrates after scoring his team’s second goal during the Group F match of the UEFA Champions League between TSG 1899 Hoffenheim and Olympique Lyonnais at Wirsol Rhein-Neckar-Arena on October 23, 2018 in Sinsheim, Germany. (Photo by Alex Grimm/Bongarts/Getty Images)

Laporan The Week memetik kenyataan Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, bahawa beliau enggan membenarkan pemain itu pergi pada jendela perpindahan musim panas ini. Namun sekiranya keadaan memaksa, bidaan sekitar £70 juta mungkin akan melembutkan Lyon.

Corak permainan

Nama Ndombele sering dikaitkan dengan perpindahan untuk menyertai beberapa kelab utama di Eropah. Tidak syak lagi pada usia 22 tahun beliau, beliau kini boleh dikatakan sebaris dengan bintang-bintang muda Eropah yang lain. Setiap kali nama beliau disebut, Ndombele pasti disamakan dengan pemain-pemain lain seperti Frenkie de Jong (Ajax), Ruben Neves (Wolves) dan juga Adrien Rabiot (PSG) di posisi serupa.

Mungkin anda tertanya-tanya corak permainan pemain ini. Beraksi sebagai pemain tengah atau pun pemain tengah pertahanan, Ndombele gemar melakukan hantaran pendek, dan juga menggelecek pemain lawan untuk melancarkan gerakan ke kawasan lawan. Jika prestasi beliau bersama Lyon boleh dikekalkan, maka tiada keraguan Ndombele akan menjadi salah seorang bintang utama dunia satu hari nanti.

Kelab lain mulai optimis?

Walaupun telah menandatangani kontrak baharu pada September lalu untuk kekal di Lyon sehingga 2023, Ndombele seakan-akan mulai mempertimbangkan kembali situasi beliau bersama kelab Ligue 1 ini.

Bercakap kepada L’Equipe sebelum ini, Ndombele pernah dipetik sebagai berkata:

“Buat masa ini saya gembira di sini, dan ia baik untuk saya. Tetapi selepas enam bulan jika saya tidak gembira maka saya akan bercakap lebih banyak mengenainya.

“Saya kini berada di Lyon tetapi sentiasa mahu melihat ke hadapan. Saya berkata kepada diri sendiri, ‘mengapa tidak?’ , tetapi saya tidak berada dalam situasi yang tergesa-gesa.”

Kenyataan tersebut dilihat sebagai di dalam beberapa situasi. Pertama, Ndombele adalah pemain muda yang sentiasa dahagakan cabaran di tahap tertinggi. Kedua, beliau mahu sabar menunggu peluang terbaik sebelum menyemak kembali kedudukan beliau bersama Lyon. Apa pun mesej yang disampaikan, ia perkara positif untuk kelab-kelab yang berminat, dan perkara negatif jika Lyon berhajat mengekalkan pemain ini.

Penutup

Persoalannya sekarang ialah adakah Ndombele akan memilih untuk kekal bersama Lyon? Atau tiba masanya untuk pemain ini mengorak langkah untuk mencari cabaran baharu?

Satu perkara yang pasti ialah kelibat pemain ini akan terus menjadi perhatian kelab-kelab utama Eropah selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN