Tan Sri Annuar Dicalonkan Sebagai Presiden KAFA Yang Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa antara mereka yang dicalonkan untuk mengisi jawatan Presiden KAFA yang baharu.

Tan Sri Annuar Musa merupakan nama yang popular di kalangan peminat bola sepak Kelantan kerana beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden KAFA sebelum ini. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penasihat KAFA.

Pemangku Presiden KAFA ketika ini, Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan sudah menerima 4 nama pada hari terakhir pencalonan semalam.

Selain daripada Tan Sri Annuar Musa, 3 lagi calon ialah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Jawatan Presiden KAFA masih kosong, selepas ia ditinggalkan oleh Presiden terdahulu, Bibi Ramjani Illias Khan – yang meletak jawatan selepas mengakui terlalu banyak tekanan dihadapi sepanjang menguruskan KAFA.

Sementara itu untuk jawatan timbalan Presiden, 4 nama yang dicalonkan ialah Datuk Seri Afandi Hamzah, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi dan Muhammad Yusri Ismail.

Sementara itu bagi jawatan naib Presiden ada 9 pencalonan. 29 lagi calon untuk menjadi ahli exco.

Kesemua calon diberikan sehingga Rabu ini untuk mengesahkan pencalonan masing-masing.