Tan Cheng Hoe Panggil 6 Muka Baharu, De Paula Terus Dapat Kepercayaan Sertai Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil enam muka baharu untuk melengkapkan senarai 24 pemain yang akan menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 1 Oktober hadapan.

Kem latihan pusat kali ini akan diikuti oleh dua perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

Enam muka baharu yang mendapat panggilan kali pertama Tan Cheng Hoe adalah penyerang sayap Terengganu FC, Hakimi Abdullah; Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC); Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun (Penang FC); dan dua pemain dari Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi.

12 pemain dari kem latihan pusat terdahulu, termasuk penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula turut masih mendapat kepercayaan Tan Cheng Hoe selai daripada Khairulazhan Khalid, Rizal Ghazali, Dominic Tan, Irfan Zakaria, Syahmi Safari, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, dan Luqman Hakim Shamsudin.

Dua pemain yang berpengakalan di eropah, Dion Cools (FC Midtjyland) dan Luqman Haim (KV Kortrijk turut diarahkan melapor diri pada tarikh yang sama.

Dion Cools turut mendapat panggilan kali ini.

Bagaimanapun tiada tempat untuk tiga pemain dari JDT iaitu Safawi Rasid, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh di dalam senarai panggilan kali ini.

Lebih menarik beberapa muka lama turut mendapat panggilan Tan Cheng Hoe kali ini seperti kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar. Nama-nama lain yang turut tersenarai adalah seperti Khairul Fahmi Che Mat; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Skuad Harimau Malaya akan melapor diri di Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2021 sebelum berlepas ke Amman pada 2 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan ini yang berlangsung dalam tempoh jendela perlawanan antarabangsa FIFA (4 hingga 12 Oktober 2021) dan dijadual pulang ke tanah air pada 10 Oktober 2021.

Dua perlawanan ini merupakan medan terbaik buat Cheng Hoe menilai pemain yang dipanggil kali ini sebagai persiapan awal bagi membentuk skuad terbaik Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2020 dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dan seterusnya Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply