Tan Cheng Hoe Di Bandaraya Untuk Pantau 2 Penjaga Gol & ‘Awang’?

Tan Cheng Hoe Penang Perak 2021

Kelibat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe di Stadium Bandaraya pada malam tadi mencetus persoalan, pemain mana yang sedang dalam pemantauannya?

Sebagaimana yang diketahui, skuad kebangsaan akan kembali berkumpul pada Mei nanti sebelum meneruskan aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berbaki tiga perlawanan pada Jun depan, berdepan UAE, Vietnam dan Thailand.

Jadi, mengapa Cheng Hoe turun menyaksikan aksi Penang FC dan Perak FC yang menyaksikan skuad Harimau Kumbang berjaya mengatasi The Bos Gaurus 2-1 pada malam tadi? Tentunya ada lagi beberapa pemain mahu dipantau untuk dipanggil.

Kem latihan pada bulan Mei nanti pastinya akan lebih menumpukan kepada pemain-pemain yang bakal beraksi pada pusingan kelayakan nanti, namun tentu Cheng Hoe mahu memanggil lagi beberapa pemain baharu untuk melihat prestasi mereka.

Kecederaan ACL yang menimpa penjaga gol yang kali pertama menyertai kem latihan Harimau Malaya, Rahadiazli Rahalim ketika dalam sesi latihan bersama pasukannya, Terengganu FC mungkin menyebabkan pengendali itu sedang mencari pengganti.

Walaupun skuad negara sudah memiliki penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid (Selangor FC) dan Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), namun prestasi Sam Somerville sejak permulaan liga, menarik perhatiannya.

Penjaga gol kacukan Malaysia-England itu menampilkan prestasi terbaik apabila hanya melepaskan empat gol selepas enam perlawanan Liga Super. Ini merupakan musim pertamanya bermain di saingan tertinggi Liga Malaysia sejak tiba di Malaysia.

Menyertai JDT pada 2015, beliau kurang mendapat peluang apabila hanya tampil bersama JDT II sebelum berhijrah menyertai Penang di Liga Premier pada 2020. Untuk rekod, Sam Someville berada dalam senarai menunggu skuad kebangsaan tempohari.

Selain penjaga gol berusia 26 tahun itu yang berada dalam senarainya, Cheng Hoe juga pastinya mahu melihat prestasi terkini penjaga gol Perak, Hafizul Hakim. Kali terakhir beliau beraksi bersama Harimau Malaya adalah pada Julai 2018 berdepan Fiji.

Selain penjaga gol, mungkin prestasi beberapa pemain lain juga mahu dilihat oleh Cheng Hoe. Antara pemain yang namanya kian melonjak naik ketika ini adalah pemain sayap Penang, Al-Hafiz Harun atau lebih mesra disapa Awang oleh rakan sepasukan.

Prestasinya sudah diketahui baik sejak musim lalu membantu Penang menjuarai Liga Premier dan ia melonjak naik selepas pertembungan dengan Selangor tempohari – Penang menang dua gol tanpa balas berdepan The Red Giants penghujung Mac lalu.

Adakah mereka berjaya memikat pengendali skuad kebangsaan itu? Mampukah nama mereka ‘terselit’ dalam senarai pemain yang akan dipanggil pada bulan Mei nanti?

KREDIT FEATURED IMAGE: ATAN PFC

Baca lagi artikel lain mengenai Tan Cheng Hoe dan skuad kebangsaan:

Tan Cheng Hoe Buat Penstrukturan Semula Pemain Harimau Malaya

Cheng Hoe: Luqman Hakim Pemain Berpotesi Besar Untuk Skuad Kebangsaan

XI Harimau Malaya: Adakah Harimau Selatan Telah Jadi Harimau Malaya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN