Tan Cheng Hoe Bakal Guna Pendekatan Berbeza Berdepan UAE

Pemain skuad kebangsaan sudah tentu masih belum dapat melupakan detik manis menumbangkan Indonesia di gelanggang keramat negara jiran itu. Namun Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak mahu anak buahnya terus dibuai mimpi indah.

Fokus seterusnya adalah perlawanan kedua kumpulan G menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan berlangsung pada 10 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berhadapan dengan pasukan yang berada di ranking ke-65 dunia, ianya jelas satu tugasan berat buat pengendali berusia 51 tahun itu yang hanya mempunyai beberapa hari sahaja untuk membuat persiapan bersama pasukannya.

Bagi mengekalkan momentum kemenangan, Cheng Hoe mendedahkan beliau perlu menggunakan pendekatan berbeza memandangkan pasukan berkenaan dibarisi pemain handalan seperti Omar Abdul Rahman dan Ali Mabkhout yang kedua-duanya kini beraksi bersama kelab Al Jazira.

Kredit Foto: MondoFutbol

UAE merupakan satu-satunya pasukan dalam kumpulan G yang masih belum beraksi. Oleh itu, sudah tentu mereka begitu bersemangat untuk memburu kemenangan sulung dalam kempen kelayakan ini.

Tempoh hari, pasukan berkenaan juga telah membuat persiapan rapi dengan mengatur dua perlawanan persahabatan di Bahrain sebagai aksi pemanas badan.

Dengan kemenangan 4-0 mengatasi Republik Dominica dan 5-1 menumpaskan Sri Lanka, ianya jelas menunjukkan tahap kemampuan mereka yang juga pernah memalukan pasukan Malaysia dengan kemenangan 10-0 pada tahun 2015.

“Pasukan UAE mempunyai pemain yang baik di setiap posisi, jadi kita harus memberi fokus sepenuhnya dan berhati-hati pada babak awal permainan menentang mereka nanti,” jelas beliau.

Mengulas mengenai insiden rusuhan penyokong Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan kawalan kesematan oleh pihak Polis Metropolitan Jakarta dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Insiden berkenaan telah menyebabkan beliau serta semua pemain dan pegawai pasukan Malaysia menaiki terpaksa menaiki Barracuda untuk kembali ke hotel penginapan mereka.

Jurulatih itu pernah merasai pengalaman sama ketika menjadi penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan sewaktu Harimau Malaya menjulang Piala AFF buat kali pertama di Jakarta pada tahun 2010.

Ketika ditanya mengenai percaturan beliau memasukkan Mohammadou Sumareh sebelum tamat separuh masa pertama, jurulatih kelahiran Kedah itu menghamburkan pujian kepada pemain naturalisi berkenaan.

Kredit Foto: FAM

“Kehadiran beliau (Sumareh) memberi impak positif dan kita lihat pada separuh masa kedua, pasukan beraksi dengan lebih baik sehingga wisel penamat,” katanya yang ditemubual oleh wartawan Bernama di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam aksi menentang Indonesia, Sumareh muncul wira pasukan setelah menjaringkan dua gol hasil gerakan seawal minit pertama beliau dimasukkan dan sentuhan terakhir sebelum perlawanan ditamatkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN