Tamatkan Terus Premier League Musim 2019/2020 Tanpa Juara

Berikutan penularan wabak COVID-19 di Eropah dan United Kingdom ketika ini, peminat menggesa Premier League supaya menamatkan terus liga musim 2019/2020 tanpa juara dan penyingkiran.

Premier League baru sahaja mengumumkan semua aksi Premier League akan ditangguhkan selama tiga minggu (sehingga 3 April 2020) bermula selepas habisnya perlawanan hujung minggu ini. Ia langkah sama yang telah diambil oleh Serie A awal minggu ini.

Bagaimanapun peminat tertanya-tanya – apa langkah Premier League jika wabak COVID-19 di Eropah dan United Kingdom khususnya, menjadi lebih teruk. Adakah liga akan ditangguhkan lagi? Adakah liga akan ditamatkan terus?

Ketika semakin ramai peminat Premier League mencadangkan supaya liga musim 2019/2020 yang terganggu oleh wabak COVID-19 ditamatkan terus. Wabak penyakit yang berasal dari Wuhan, China ini sudah meragut 10 nyawa.

Seperti biasa, perbincangan cadangan ini membuahkan banyak pendapat.

Apa jadi jika Premier League ditamatkan terus?

Apabila liga ditamatkan terus, juara liga tidak akan diumumkan untuk musim 2019/2020.

Apabila tiada pasukan diumumkan juara, ia juga bermakna tiga pasukan terbawah ketika ini – Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City – tidak akan disingkirkan ke EFL Championship.

Ada juga peminat yang menyarankan agar pusingan play-off diadakan selepas wabak COVID-19 berakhir untuk menentukan pasukan mana yang bergelar juara, mendapat slot Champions League, slot Europa League dan slot penyingkiran/promosi.

Ada juga yang mencadangkan supaya Premier League mengikut langkah yang sedang dibincangkan oleh Bundesliga ketika ini. Untuk mengetahui apa yang sedang dipertimbangkan oleh Bundesliga, anda boleh baca artikel di bawah:

Ada juga yang mencadangkan agar kedudukan liga sekarang menentukan juara liga terus memandangkan majoriti perlawanan sudah dilangsungkan. Jika alternatif ini dipilih, Liverpool akan bergelar juara Premier League!

Masih tidak dapat dipastikan ke mana haluan yang akan dipilih oleh Premier League jika wabak COVID-19 berlanjutan dan memaksa liga untuk ditamatkan secara pra-matang.

Apa pula pandangan anda? Perlukah Premier League menamatkan terus liga tanpa juara?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai impak wabak COVID-19 terhadap Premier League:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram