Trent Alexander-Arnold: Jadon Sancho Akan Jadikan Liverpool Lebih Baik

Jadon Sancho

Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold mengakui bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho mampu menjadikan Liverpool sebuah pasukan yang lebih baik sekiranya beliau menyertai The Reds.

Beraksi bersama-sama ketika kem skuad kebangsaan England, Alexander-Arnold turut melabelkan Sancho sebagai bakat yang istimewa dan tanpa berselindung mengalu-alukan kehadiran pemain sayap berusia 20 tahun itu.

Sancho nyata menjadi rebutan pada ketika ini terumanya melibatkan kelab-kelab di saingan Liga Perdana Inggeris, antaranya Manchester United dan Chelsea.

”Sekiranya dia datang ke sini [Liverpool], dia akan menjadikan pasukan kami lebih baik.”

”Jadi, saya akan lebih gembira jika dia datang ke sini kerana saya bermain bersamanya ketika di skuad kebangsaan England dan dia sangat istimewa, bakat yang sangat istimewa,” ujar Alexander-Arnold menurut laporan Goal.

Sancho yang berhijrah ke Borussia Dortmund dari Manchester City pada musim 2017/18 sudah meledakkan 31 gol dalam 90 penampilan di semua pertandingan disertai gergasi Jerman itu.

Embed from Getty Images

Sementara itu, sebelum kempen Bundesliga 2019/20 dihentikan akibat penularan COVID-19, pemain kelahiran Camberwell, England tersebut telah memperagakan aksi cemerlang setelah menjaringkan 14 gol serta mencipta 15 bantuan jaringan dalam 23 penampilannya dalam saingan liga.

Selain Alexander-Arnold, pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi juga pernah meluahkan rasa senangnya sekiranya Sancho dapat menyarung jersi The Blues, menurut laporan sebelum ini.

”Saya dan Sancho memang sangat rapat, kami bercakap pada setiap hari, sentiasa mengambil berat keadaan antara satu sama lain dan apa yang dilakukan oleh kami.”

”Kami akan memastikan kami berdua melakukan dengan cukup baik, jelas dia melakukannya dengan luar biasa dan menikmati satu musim yang hebat.”

”Kami selalu memastikan masing-masing dapat melakukan dengan baik. Ternyata dia adalah pemain yang hebat, saya suka bermain bersamanya. Dia adalah pemain hebat untuk beraksi dengannya.”

”Untuk England juga, kami telah beraksi bersama dari peringkat usia remaja lagi, jadi hubungan itu sudah pun wujud,” ujar Odoi lagi.

Kredit featured image: Mike Egerton/PA Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sancho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN