TAL2018: DSPEX FC Pacu Langkah Untuk Jadi Pendahulu Liga

Kancah Terengganu Amateur League (TAL2018) kini memasuki minggu ke-6.

Sudah melepasi fasa separuh perjalanan liga, kita sudah boleh lihat kedudukan liga sudah mula ada jurang antara pasukan atasan dan bawahan liga.

Liga Super

Pesta gol terhasil dalam aksi paling menghiburkan untuk Liga Super melibatkan FC Pemanis dan juga Island FC.

Meroslee Kumbong meletakkan FC Pemanis di hadapan pada minit ke-33 sebelum disamakan oleh Amirul Talib 10 minit kemudian.

Separuh masa kedua menyaksikan Wan Azrul meletakkan Island FC di hadapan 2 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Faiz Hashim kemudiannya melebarkan penguasaan Island FC dengan jaringan 3 minit selepas itu.

Namun FC Pemanis tidak mahu mengalah apabila mereka menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit di fasa akhir permainan.

Amirul Aiman mengurangkan defisit gol sebelum Ismail Ahmad melengkapkan kebangkitan FC Pemanis dengan gol pada minit ke-76.

Sementara itu, Gemuda FC membelasah Ayahanda FC dengan keputusan 4-1.

Amir Azli memberikan permulaan yang baik untuk Ayahanda FC dengan gol pada minit ke-6.

Namun selepas itu semuanya menjadi milik Gemuda FC apabila Ajmain Ali mula menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Muhammad Juzairie meletakkan Gemuda FC di hadapan dengan gol pada minit ke-35.

Shahiddin Manjur turut menyengat dengan 2 jaringan di separuh masa kedua pada minit ke-56 dan juga minit ke-80.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan untuk aksi Liga Super:

  • BTK FC 2-3 MD Besut (Khairul Azri 8′, Hakimi Mazlan 51’/Shawal Yamin 2′, Syahid Azrai 32′, Almuhadim Roslan 53′)
  • Real Chukai 2-0 PBSMT-Lenjerket (Syed Sobri 17′, Muslihuddin Atiq 33′)
  • CND FC 0-1 Kebilal-KKTRWT (Azizi Sulong 24′)

Liga Perdana

Seperti Liga Super, aksi Liga Perdana juga menyaksikan banyak jaringan terhasil di satu-satu perlawanan.

Sebagai contoh, DSPEX FC mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Real Grebar.

Nik Zainini meletakkan Real Grebar dengan jaringan pada minit ke-40.

3 minit selepas separuh masa kedua bermula, DSPEX FC berada di hadapan dengan jaringan oleh Alfi Syahrin dengan jaringan pada minit ke-53.

Gol itu kemudiannya disamakan oleh jaringan Nik Aznil untuk membolehkan Real Grebar kembali dalam perlawanan ini pada minit ke-57.

DSPEX FC muncul pasukan yang lebih berkuasa dalam perlawanan ini apabila berjaya menjaringkan 2 lagi gol menerusi Asyraf Danial dan juga Musalman Kamal pada fasa akhir permainan.

Markless FC pula mencatatkan kemenangan selesa 2-0 ke atas Raja Permin.

2 gol dalam masa dua minit oleh Syafie Rahman pada minit ke-38 dan juga minit ke-40 sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat mereka.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan lain untuk aksi Liga Perdana:

  • Myxini FC 1-0 ATFC Suhada (Fikri Mohd 34′)
  • Delima Warriors 3-2 Sixma FC (Gol Sendiri 27′, Zaimani Zain 30′, Mohd Nasharuddin 53’/Raja Zulhelmi 60′, Gol Sendiri 64′)
  • TFFC 3-1T TDTD FC (Khairul Hafifi 24′, Zulfadhli Zamri 59′, Gol Sendiri 64’/Muhammad Muizuddin 38′)

Setakat ini..

Selepas 6 perlawanan, MD Besut sudah mula mengorak langkah sebagai pendahulu liga dengan 14 mata di puncak.

Mereka diikuti rapat Island FC yang kini di belakang mereka dengan hanya 1 mata sahaja memisahkan kedua-dua pasukan.

Ayahanda FC masih lagi tidak mengutip sebarang mata dan kini jarak mereka dengan zon selamat menjadi 7 mata. Semakin sukar buat mereka.

Sementara di Liga Perdana, DSPEX FC terus mengukuhkan cengkaman mereka mencipta jurang 3 mata dengan pencabar mereka iaitu Markless ST.

TDTD FC kekal tidak kutip sebarang mata, namun mereka masih mempunyai peluang untuk memotong pasukan di atas mereka selepas pasukan dihadapan mereka iaitu Sixma FC kini hanya punya 1 mata sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN