TAL All Stars & SCL All Stars Berentap Rebut Gelaran Piala Amatur Malaysia

Pertandingan bola sepak di peringkat komuniti atau sosial semakin hari semakin diterima oleh para peminat bola sepak di Malaysia.

Walaupun ia belum lagi berjaya menambat hati keseluruhan peminat bola sepak Malaysia, namun begitu ia sudah pun mempunyai kelompok pengikutnya sendiri.

 

Kewujudan Selangor Champions League (SCL) dan juga Terengganu Amateur League (TAL) telah memberi petanda positif bagi arena bola sepak amatur di Malaysia sedang berada di landasan yang tepat.

Oleh kerana itu, pihak SCL dan juga TAL telah membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan melibatkan pasukan TAL All Stars menentang SCL All Stars yang dikenali sebagai Piala Amatur Malaysia.

Piala tersebut merupakan penganjuran buat pertama kalinya pada musim ini selepas pihak SCL dan TAL menjalinkan kerjasama sebelum ini.

Gambar: Football Selangor

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif TAL Zainudin Solahudin, perlawanan ini mampu memberikan platform kepada para pemain amatur di Malaysia untuk mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam karier mereka.

“Perlawanan yang pertama seumpanya di Malaysia ini boleh menjadi platform dan pencetus untuk sejumlah besar bakat pemain amatur di Malaysia untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.”

Sementara bagi Ketua Pegawai Operasi Selangor Youth Community (SAYS) iaitu Dr. Johan Kamal Hamidon, beliau berharap perlawanan sebegini bakal memberi inspirasi kepada negeri lain untuk turut mengadakan liga sosial mereka sendiri.

“Semoga perlawanan persahabatan ini akan memberi ilham dan inspirasi bagi negeri – negeri yang lain untuk menganjurkan pertandingan bola sepak peringkat amatur bersama komuniti masing-masing.”

Perlawanan melibatkan TAL All Stars dan juga SCL All Stars akan diadakan pada hari ini (9 September 2017) di Stadium Shah Alam.

Sepak mula akan dimulakan pada jam 8 malam dan masuk adalah PERCUMA untuk perlawanan ini!

TAL All Stars akan diwakili oleh juara Piala TAL 2017 iaitu Real Chukai FC.

Pasukan Real Chukai meraikan kejayaan mereka. Gambar: TAL

Bagi pasukan SCL All Stars pula, senarai pemain telah pun dikeluarkan oleh pihak Football Selangor. Berikut merupakan senarai nama pemain dan pasukan yang diwakili mereka:

Penjaga gol

  • Alif Daniel – Klang Southern
  • Mohd Nasri – Shah Alam Condoh

Pertahanan

  • Muhammad As’syaqireen – Shah Alam Condoh
  • Muhammad Razali – Shah Alam Condoh
  • Gan Jay Han – Klang Southern
  • Adam Arieef – Gombak Klasiko
  • Nishindran Mahendran – PJ Level Up

Pemain tengah

  • Aritz Zainal – PJ Level Up
  • Asyriq Hazmi – Empayar Bangi
  • Naim Makhtar – Shah Alam United
  • Amirul Aswad – Subang Protap
  • Muhammad Haedar – Kajang Ultimate
  • Wan Muhammad Iqmal – Hartamas Rebel
  • Anwar Luqman – Subang Protap

Penyerang

  • Razzmir Ashraff – Subang Protap
  • Mohd Fadli – Kajang Ultimate
  • Muhammad Syafiq – Subang Protap
  • Aathishesaan Kesavan – Naga FC

Jangan lupa hadir ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan siapakah yang bakal menjuarai Piala Amatur Malaysia buat kali pertama.

Jika tidak berkesempatan, siaran langsung boleh ditonton menerusi TV Selangor dan juga Blublack Arena.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN