TAL2018: Real Chukai Mula Himpit MD Besut Di Puncak Liga

Minggu ketujuh bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL2018) terus memberikan sajian aksi yang menarik kepada pengikutnya.

Liga Super

FC Pemanis berjaya merakamkan kemenangan yang cukup komprehensif dengan menewaskan Ayahanda FC dengan jaringna 4-1.

Ayahanda FC bagaimanapun berjaya mendahului hasil jaringan oleh Haqimi Ismail pada minit ke-24.

Ismail Ahmad kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-38 sebelum FC Pemanis menjaringkan 3 lagi gol pada separuh masa kedua.

Amirul Aiman menjaringkan gol pada minit ke-60 sebelum gol sendiri terhasil pada minit ke-67 oleh pemain Ayahanda FC.

Kemenangan FC Pemanis dilengkapkan oleh jaringan Wan Ismail pada minit ke-70.

Real Chukai juga memperoleh kemenangan yang baik buat mereka apabila menewaskan Kebilal-KKTRWT FC dengan jaringan 3-1.

Raqib Fitri membuka jaringan untuk Real Chukai pada minit ke-18 sebelum Adib Iqhwan menjaringkan gol kedua selang 2 minit kemudian.

Aminuddin Jefri hadir untuk mengurangkan defisit gol pada minit ke-22 namun penalti oleh Syed Sobri di separuh masa kedua mengesahkan 3 mata untuk Real Chukai.

Berikut merupakan keputusan lain dalam aksi Liga Super:

  • CND FC 1-0 Gemuda FC (Ikram Ismail 64′)
  • Island FC 1-2 BTK FC (Aiman Ahmad 14’/Khairul Azri 58′, Sukri Faiz 72′)
  • MD Besut-PBSMT-Lenjerket (Perlawanan ditangguhkan)

Liga Perdana

Aksi Liga Perdana juga tidak kurang hebatnya dengan perlawanan melibatkan ATFC Suhada dan Markless ST menghasilkan drama yang menarik untuk disaksikan.

Syafie Abdul Rahman meletakkan Markless ST dihadapan dengan jaringan seawal minit ke-11 sebelum Faiz Fakhruddin menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-27.

Amirul Hakimie menjaringkan gol untuk ATFC Suhada pada minit ke-48 sebelum gol sendiri meletakkan Markless ST kembali dalam perlawanan ini.

Gol kemenangan ATFC Suhada muncul pada minit ke-65 apabila Muhammad Harizudin menyudahkan peluang untuk memberikan 3 mata kepada pasukannya.

Perlawanan ini menyaksikan 6 layangan kad kuning diberikan oleh pengadil kepada kedua-dua pasukan.

Real Grebar pula tewas ditangan TFFC dengan jaringan 3-1.

Fahmi Mohammad menjaringkan gol pertama TFFC pada minit ke-58.

Adib Sabry kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-72 sebelum Jamali Noor melengkapkan kemenangan mereka 10 minit kemudian.

Real Grebar berjaya menjaringkan gol saguhati dari penghujung permainan menerusi jaringan Ezrin Yusoff.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain bagi Liga Perdana:

  • Raja Permin 0-1 Delima Warriors (Warizimie Mohd 27′)
  • Sixma FC 3-1 TDTD FC (Raja Zulhelmi 52′, Qhusairi Qarni 54′, Haikal Zuki 91’/Zulhadi Zulkifli 32′)
  • DSPEX FC 0-1 Myxini FC (Hazmi Zarawi ’73)

Setakat ini..

Selepas 7 perlawanan, MD Besut yang tidak beraksi masih berjaya mengekalkan kedudukan teratas mereka di Liga Super sambil diikuti rapat Real Chukai yang dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Island FC menghuni tangga ketiga liga sambil dikejar oleh BTK FC yang hanya dibelakang dengan 1 mata sahaja.

Sementara di Liga Perdana, DSPEX FC mempunyai kelebihan 2 mata di puncak liga meninggalkan ATFC Suhada di tangga kedua.

Sementara Markless ST dan Myxini FC mula mengcengkam erat kedudukan ketiga dan keempat untuk mara ke saingan pasca-liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN