Taktikal ‘NafuziBall’ Kini Jadi Sebutan

nafuzi zain terengganu fc 2020

Sejak menjadi ketua jurulatih Terengganu sebagai pengendali sementara pada penghujung musim lalu, kelibat Nafuzi Zain sudah mula menjadi sebutan penyokong mereka.

Mana tidaknya, corak permainan yang dianggap segar oleh jurulatih muda ini membuatkan semua orang berasa terhibur melihat persembahan pasukan Terengganu.

Menurut laman The Star, ketua pasukan Terengganu iaitu Lee Tuck mengakui tidak terkejut melihat nama Nafuzi kini menjadi sebutan ramai dengan wujudnya taktikal ‘NafuziBall’

“Saya tak terkejut melihat orang mula bercakap-cakap mengenai mutu bola sepak kami. Mereka patut bercakap mengenainya kerana ianya cukup menghiburkan.”

“Kualiti bola sepak yang ditunjukkan adalah cukup mantap dan itulah yang kita mahu saksikan di Malaysia. Nafuzi Zain bukan sekadar membawanya kepada pasukan Terengganu tetapi turut mempersembahkan kepada Malaysia.”

Walaupun Terengganu mempersembahkan kualiti bola sepak yang menghiburkan, tetapi kerapuhan benteng pertahanan sering dilihat dalam perlawanan-perlawanan awal liga.

Buktinya, mereka telah memboloskan sembilan gol dan ini cukup merisaukan penyokong Terengganu.

“Kami perlu yakin untuk melakukan sesuatu yang istimewa pada tahun ini.”

“Kami perlu kelak bekerja keras, terus fokus dan berharap tiada sebarang kecederaan pada musim ini.”

Baca juga artikel kami mengenai Nafuzi Zain:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram