3 Rumusan Ringkas Corak Taktikal Liverpool Di Bawah Klopp

Musim ini taktikal Liverpool jelas lebih ber-DNA dengan taktikal gegenpressing yang digemari Klopp. Dalam artikel ini, kami akan jelaskan dengan ringkas corak taktikal ini secara ringkas.

1. Asas Formasi

Ianya adalah 4-3-3 ketika permulaan. Sistem ini menggunakan pivot tunggal. Liverpool tidak ada pemain tengah pertahanan yang tulen dalam sistem mereka.

Ketika bertahan mereka akan berada dalam formasi 4-1-4-1.

Ketika menyerang mereka akan membentuk 3-4-3/3-4-1-2 ataupun 4-5-1. Bentuk ini juga boleh berkembang kepada 3-3-4 ataupun 2-1-3-4 ketika proses ultra offensive.

Serangan mereka berbentuk floating ataupun di antara kawasan garisan bek dan organisasi tengah pasukan lawan.

Firmino bermain sebagai false 9. Rajah di bawah menunjukkan Firmino menjadi outlet kepada ramai pemain di sekeliling beliau.

Milner bergerak aktif sehingga ke byline. Lallana menjadi pemain serangan tambahan untuk membentuk serangan berempat.

Jika pemain lain seperti Sturridge dan Origi digunakan sistem floating ini dikekalkan dengan mengarahkan mereka bermain deep lying forward.

James Milner bermain sistem bek sisi progresif (progressive full back).

Banyak diverting run dilakukan oleh pemain di kesemua bahagian apabila penyerang di hadapan menolak pertahanan lawan ke ke bawah.

2. Gegenpressing

Ia adalah satu proses ‘bertahan’ di kawasan lawan. Mereka akan menekan titik bola dan juga pemain di sekitar bola tersebut.

Ini untuk mendesak bola dilepaskan awal dalam keadaan panik dan menyukarkan pemain di sekitar bola menerima bola.

Lihat penjelasan di bawah.

Ketika didesak, pihak lawan terpaksa melakukan hantaran segera dan kebiasaanya hantaran lemah kerana ia dilakukan dalam keadaan terdesak.

3. Apabila gegenpressing rosak?

Ini adalah masalah utama Liverpool musim ini. Apabila gegenpressing lemah dan pemain tidak melakukan desakan (pressing) dengan baik di blok atas ia akan menjadi masalah.

Ini kerana, sistem ini dicipta untuk mendesak lawan melepaskan bola lemah. Ketika pihak lawan berjaya mengatasi gegenpressing ini dengan baik.

Liverpool bermasalah kerana di belakang mereka sangat kecil secara kuantiti.

Jika pihak lawan mendapat ruang yang baik untuk hantaran tepat yang bahaya. Inilah yang membuatkan mereka sukar untuk mematikan serangan balas.

Dalam keadaan numerical disadvantage, sebarang foul taktikal berpotensi mejadi bentesan pemain terakhir yang membawa kepada kad merah.

Rumusan

Itulah pemerhatian kami tentang taktikal Liverpool di bawah Jurgen Klopp. Pasukan ini memiliki keupayaan yang tinggi bermain secara intensif.

Namun kerap dihukum oleh pasukan yang memiliki kualiti hantaran panjang dari belakang yang baik.

Ia sebenarnya lebih kepada ruang yang besar diberikan kepada pihak lawan ketika gegenpressing mereka lemah.

Dari segi serangan, pasukan ini terlalu bergantung kepada permainan kombinasi dengan pertukaran hantaran.

Mereka harus lebih variasi misalnya menjaringkan gol menerusi hantaran bola silang.

Teruskan bersama dengan semuanyaBOLA untuk mengetahui rumusan ringkas taktikal pasukan lain selepas ini.

Baca juga: Eden Hazard Lebih Banyak Belajar Taktikal Dengan Conte Berbanding Mourinho

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN