Pengenalan Kepada Taktik False 10

Pada beberapa minggu yang lalu, selepas kami menerbitkan artikel mengenai sistem false 9 dalam formasi pasukan bola sepak, kami dihujani dengan permintaan untuk mengupas sistem false 10 pula.

Untuk memahami artikel ini dengan lebih baik, sila baca kupasan kami tentang sistem permainan false 9  terlebih dahulu.

Baca juga: Pengenalan Kepada Taktik Licik “The False 9″

Apakah itu false 10?

Seperti false 9 – penyerang yang bermain di luar kawasan penyerang – yang digunakan untuk mengelirukan pertahanan lawan, false 10 merupakan pemain perancang tengah (playmaker) yang bermain di luar kawasan perancang tengah.

Kebiasaannya pemain perancang tengah (yang biasanya berjersi nombor 10, hence the name) beroperasi di kawasan tengah padang, di belakang penyerang.

Tetapi false 10 merupakan pemain perancang tengah yang beroperasi di kawasan sayap dan jika beliau berpasangan dengan false 9; di kawasan penyerang.

no.10 false by mejah

Taktik false 10 menjadi popular sebagai tindak balas pasukan menyerang kepada pengenalan posisi ‘Makelele role’ yang meminimunkan bahaya pemain nombor 10 di kawasan tengah.

Pemain yang beroperasi dalam ‘Makelele role’ mengehadkan ruang bermain pemain nombor 10 di tengah, menyebabkan mereka terpaksa:

  1. merancang dari kawasan sayap
  2. terpaksa turun lebih bawah untuk mengelak daripada pemain ‘Makelele role’ atau
  3. bertukar posisi menjadi false 9

Pakar taktikal dan wartawan The Guardian memanggil false 10 sebagai central wingers untuk merujuk peranan Ashley Young (semasa Gerard Houllier melatih Aston Villa) dan Adam Ljajic (semasa Vincenzo Montella memimpin Fiorentina).

Namun, ada juga yang memanggil false 10 sebagai shadow striker/second striker untuk merujuk peranan Gareth Bale (semasa beliau bermain di musim terakhir beliau bersama Tottenham Hotspurs). Kebiasaannya, shadow striker digandingkan bersama false 9.

Contoh pemain false 10

Bagi sesetengah pemain, mereka tiada masalah untuk bermain sebagai false 10. Wesley Sneijder tiada masalah menjadi false 10 Belanda semasa kempen Piala Dunia 2010 kerana beliau selalu diletakkan sebagai pemain sayap kiri semasa di Real Madrid.

Tetapi bagi sesetengah pemain, false 10 bermakna mereka perlu mengadaptasi permainan mereka supaya secocok dengan taktik pasukan. Jika dahulu mereka merupakan pemain sayap, sebagai false 10 mereka perlu merancang serangan pasukan pula. Contoh pemain-pemain ini adalah seperti Ashley Young (Aston Villa), Aaron Hunt (Werder Bremen), Jesper Gronkjaer (FC Kobenhavn), Mathieu Valbuena (Marseille) dan Adam Ljajic (Fiorentina).

Juga perlu diingat, false 10 bukanlah sesuatu yang baru kerana Pavel Nedved sudah mendemonstrasi keefektifan false 10 semasa beliau bersama Juventus.

Bagaimana taktik false 10 berfungsi?

Taktik false 10 mempunyai dua cara untuk berfungsi:

1. False 10 bergerak dari tengah ke bahagian sayap

Apa yang  false 10 lakukan ketika pasukannya kehilangan bola: Mereka akan kekal berada di bahagian tengah untuk melakukan pressing kepada defensive midfielder yang melakukan ‘Makelele role’.

abIIXudaoa

Apa yang false 10 lakukan ketika pasukannya mempunyai bola: Mereka akan bergerak dari tengah ke kawasan sayap untuk mencipta situasi 2v1 bersama pemain sayap. Serangan pasukan akan ditumpukan di kedua-dua bahagian sayap.

false10

Contoh: Semasa perlawanan Piala Dunia 2010 antara Jerman menentang England, Mesut Ozil kerap bergerak dari tengah ke bahagian sayap. Dalam video di bawah, beliau bergabung hantaran dengan Miroslav Klose untuk mencipta situasi 2v1 di kawasan Ashley Cole. Ini membuka ruang larian kepada Thomas Mueller yang kemudiannya membuat hantaran untuk gol Lukas Podolski.

 

2. False 10 bergandingan dengan false 9

Apa yang  false 10 lakukan ketika pasukannya kehilangan bola: Mereka akan kekal berada di bahagian tengah untuk melakukan pressing kepada defensive midfielder yang melakukan ‘Makelele role’. Manakala false 9 melakukan pressing kepada pertahanan tengah.

abIIXT2an0

Apa yang false 10 lakukan ketika pasukannya mempunyai bola: Apabila false 9 memegang bola, ia akan menarik salah seorang pertahanan tengah lawan untuk mengikutinya sekaligus membuka ruang larian buat false 10. False 9 akan bertukar daripada penyerang kepada perancang, false 10 akan bertukar daripada perancang ke penyerang.

abIIY7Uafu

Contoh #1: Pep Guardiola menggunakan gandingan Lionel Messi (false 9) dan Cesc Fabregas (false 10) dengan efektif sekali. Dalam video di bawah, pertahanan tengah Villareal memilih untuk tidak mengikuti Messi kerana mereka mahu struktur pertahanan mereka kekal dengan 4 pertahanan di bawah. Ya, struktur pertahanan mereka utuh tetapi ini hanya memberikan Messi banyak ruang untuk melakukan assist kepada false 10, Fabregas.

 

Contoh #2: Kali ini salah seorang pertahanan tengah memilih untuk mengikuti Messi untuk merampas bola. Tetapi ini menyebabkan Fabregas hanya mempunyai 1 orang pertahanan untuk ditewaskan.

 

Kelebihan taktik false 10

Semasa Fiorentina melawat AC Milan (di bawah kendalian Max Allegri) di San Siro pada perlawanan Serie A 2012/13, Vincenzo Montella memberi demonstrasi bagaimana pergerakan Adam Ljajic sebagai false 10 membuatkan Milan seperti kekurangan pemain di semua bahagian padang.

milan-fiorentina2

Fiorentina bermain 3-4-3 menentang Milan yang bermain 4-4-1-1. Kelebihan Milan adalah mereka mempunyai 2 pemain di bahagian sayap. Kelemahan Fiorentina pula adalah mereka hanya mempunyai 1 pemain di setiap sayap.

Untuk mengatasi kelemahan ini, Montella mengarahkan Ljajic bergerak dari tengah ke bahagian sayap setiap kali Fiorentina memegang bola. Pergerakan Ljajic cuba dihalang oleh Ricardo Montolivo dan Massimo Ambrossini, tetapi ini hanya membuka ruang kepada Borja Valero dan Alberto Aquilani untuk masuk ke kotak penalti dan menjaringkan gol. Wow.

Taktik false 10 menambahkan variasi dan fleksibiliti kepada formasi pasukan.

Bagaimana hendak mengatasi sistem false 10

Seperti taktik bola sepak yang lain, false 10 juga mempunyai kelemahannya.

Seperti taktik false 9, false 10 turut memerlukan ruang untuk dieksploit. Jika tiada ruang, false 10 tidak boleh membuat larian. Dan bagaimana untuk mengehadkan ruang? Ada dua cara:

1. Park the bus – ruang larian false 10 akan terhad tetapi pasukan anda berdepan dengan risiko layu di minit-minit terakhir. Ingat, mengejar bola lebih meletihkan berbanding menguasai bola.

2. Kecilkan ruang antara pertahanan tengah dan midfield tengah, kekalkan bentuk kompak ketika bola memasuki kawasan kubu dan lakukan high pressing – Inilah yang dilakuakan oleh Diego Simeone setiap kali Ateletico Madrid menentang Barcelona tetapi untuk melaksanakan taktik ini, anda perlukan 11 pemain yang rajin melakukan kerja defensif. Perlu diingat, tak ramai pemain kreatif yang rajin melakukan kerja defensif Arda Turan dan Koke.

Kesimpulan

Taktik false 10 ini bukanlah sesuatu yang baru dan ia hanya kembali relevan selepas pengenalan ‘Makelele role’ yang berfungsi untuk mengehadkan bahaya pemain nombor 10 tradisional. Selepas taktik ini kembali popular – terutamanya selepas Mesut Ozil dan Wesley Sneijder membuat demonstrasi di Piala Dunia 2010 – pakar taktik menyedari kelemahan ‘Makelele role’ boleh diatasi dengan pengenalan compact defending (pertahanan kompak ala AC Milan era awal 90-an yang dipopularkan kembali oleh Diego Simeone).

Baca juga: Kenali AC Milan Era 90-an

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber: Zonal Marking, TomWFootball

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply