Takehiro Tomiyasu Pernah Alami Mimpi Ngeri Dibuli Lukaku & Ronaldo

Takehiro Tomiyasu dianggap sebagai pembelian penting oleh Arsenal apabila pemain itu disahkan menjadi anggota terbaru The Gunners pada hari terakhir jendela perpindahan.

Bernilai £15.5 juta dari Bologna, pemain bek kanan itu dilihat sebagai pengganti kepada Hector Bellerin di dalam skuad The Gunners. Namun demikian, Tomiyasu bukanlah pemain paling berprofil tinggi yang tiba di Serie A ke Premier League pada musim panas ini.

Pada jam-jam terakhir jendela perpindahan yang sama, Cristiano Ronaldo turut melengkapkan perpindahan kembali ke Manchester United. Chelsea pula membayar harga rekod termahal kelab apabila membelanjakan £97 untuk mendapatkan Romelu Lukaku dari Inter Milan.

Pengalaman berhadapan Lukaku & Ronaldo

Bologna hanya menang sekali sahaja menentang Inter pada Julai 2020 dengan jaringan 2-1, dan tewas semua perlawanan yang lain.

Walaupun menang salah satu dari perlawanan, Tomiyasu dianggap masih melalui mimpi ngeri kerana Lukaku tetap berjaya menjaringkan gol dalam tiga pertemuan pada musim lalu.

Paling buruk ialah apabila Bologna tewas 3-1 kepada Inter pada Disember 2020. Dalam perlawanan tersebut, Tomiyasi cuba menarik jersi Lukaku yang meluru ke dalam kotak penalti untuk menyambut hantaran lintang.

Apa yang dilakukan Tomiyasu gagal membuahkan hasil, kerana Lukaku berjaya menyebabkan lawannya itu sekadar tertiarap di atas padang sebelum menolak masuk bola untuk menghasilkan jaringan.

Walaupun ketika tewas 2-1 kepada Bologna, Lukaku masih sempat memberikan igauan kepada pemain kelahiran Fukoaka, Jepun itu.

Photo Federico Tardito / Insidefoto/Sipa USA

Dalam perlawanan tersebut, Tomiyasu membenarkan dirinya menjadi mangsa nutmeg Ashley Young sebelum bola hantaran disempurnakan Lukaku.

Kisahnya tidak jauh ketika Tomiyasu berhadapan dengan Cristiano Ronaldo. Penyerang Portugal itu berjaya menghasilkan satu jaringan dan satu bantuan gol dari dua pertemuan membabitkan Bologna dan Juventus pada musim lalu.

Mampukah pelaburan Arsenal beri pulangan?

Mampukah pembelian Takehiro Tomiyasu membanti Mikel Arteta memperbaiki skuad Arsenal pada musim ini?

Selain Tomiyasu, Arsenal turut mengesahkan ketibaan lima pemain lain iaitu Ben White, Martin Odegaard, Aaron Ramsdale, Albert Sambi Lokonga dan Nuno Tavares pada jendela perpindahan yang sama melibatkan pelaburan berjumlah £144 juta.

Ia adalah perbelanjaan terbesar berbanding apa yang dibelanjakan oleh kelab Premier League lain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Arsenal kini berada di kedudukan tercorot Premier League, selepas gagal mengutip sebarang jaringan dan mata dari tiga perlawanan yang dilalui setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN