Takefusa Kubo: Saya Tidak Akan Berhenti Untuk Capai Impian

Iklan

Takefusa Kubo

Pemain sayap lincah kelahiran Jepun, Takefusa Kubo masih optimis dalam usaha merealisasikan impiannya untuk menyarung jersi skuad utama Real Madrid pada masa akan datang.

Skuad juara La Liga 2019/20 itu mengejutkan kancah bola sepak dunia pada 14 Jun 2019 apabila mengikat kontrak selama lima tahun bagi membawa Kubo ke Santiago Bernabeu.

Selepas diberikan peluang oleh pengendali pasukan, Zinedine Zidane beraksi dalam International Champions Cup (ICC) 2019, Kubo kemudiannya dipinjamkan ke Real Mallorca bagi mendapatkan lebih minit perlawanan sekaligus untuk mempamerkan kemampuannya.

Meskipun kehadirannya tidak dapat membantu Mallorca untuk terus kekal dalam saingan La Liga, pemain berusia 19 tahun itu telah mendapat peluang beraksi dalam 35 perlawanan liga dan berjaya menjaringkan empat gol.

”Perkara ini selalu menjadi impian saya iaitu untuk menjadi salah seorang daripada kalangan pemain terbaik di dunia. Maka, saya tidak akan berhenti daripada bekerja keras untuk mencapai impian tersebut.”

”Saya selalu mengatakan bahawa tujuan utama saya adalah untuk berada dalam skuad utama Real Madrid,” ujar Kubo menurut laporan France Football.

”Sehubungan dengan itu, saya akan bekerja keras dan melakukan yang terbaik. Meskipun saya tidak tahu apa yang akan terjadi.”

‘”Saya benar-benar menyukai untuk beraksi bersama salah satu liga terbaik di dunia. Itu menunjukkan [kerja keras saya], bukan?” tambah Takefusa Kubo lagi.

Kredit featured image: Boris Streubel/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Real Madrid:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram