Tak Tahan Dikecam, Pengadil Ini Beri Kad Kuning Kepada Penyokong

Kevin Friend

Kita lazim saksikan pengadil memberikan kad kuning kepada pemain.

Ada masanya, kita juga akan saksikan pengadil melakukan perkara yang sama kepada pengurus di tepi padang.

Tetapi, pernahkah anda saksikan pengadil memberikan kad kuning kepada penyokong?

Inilah yang terjadi baru-baru ini di England ketika aksi persahabatan melibatkan Bristol City menentang Aston Villa.

Pengadil perlawanan, Kevin Friend memberikan kad kuning kepada penyokong Aston Villa selepas ‘tidak tahan’ dengan sorakan mereka kepada beliau.

Friend yang merupakan pengadil Premier League menerima sorakan daripada penyokong Villa yang membandingkan dirinya dengan seorang lagi pegawai perlawanan iaitu Mike Dean.

“Kau cumalah Mike Dean versi teruk,” sorak penyokong Villa kepada Friend.

Friend yang mendengar sorakan itu memberikan respon menerusi bahasa badan seolah-olah beliau berkata, “untuk apa bersorak begitu?”

Selepas itu penyokong Villa meminta beliau untuk memberikan wave dengan melayangkan tangannya kepada mereka.

Friend kemudiannya melayangkan kad kuning kepada penyokong Villa sambil disambut dengan sorakan daripada mereka.

Usikan nakal atau banter daripada penyokong Villa ini jelas sekali mencuit hati dalam aksi perlawanan yang dimenangi mereka.

Villa menang dengan jaringan 3-0 menerusi gol Jaden Philogene-Bidace, Ezri Konsa dan Ollie Watkins.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply