Tak Sanggup Lihat Kanak-Kanak Di Bolton Pakai Jersi Man Utd, Evatt Jadi Tunjang Kebangkitan Wanderers

Bolton Wanderers

Ingatkah lagi anda kepada Bolton Wanderers? Kelab bola sepak ini satu ketika dahulu pernah menghiasi saingan penuh popular di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada 2008, Bolton pernah ‘menendang keluar’ Atletico Madrid dari saingan Piala UEFA di Vicente Calderon Stadium untuk menempah slot ke pusingan 16 terakhir.

Pada waktu itu boleh dianggap sebagai zaman kegemilangan Bolton apabila berada di ranking ke-47 dalam kalangan kelab di Eropah, mengatasi Manchester City, Paris Saint-Germain (PSG) dan Borussia Dortmund.

Namun sejak terhumban dari Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2012, musibah dan bala bencana tidak pernah berhenti melanda kelab berkenaan. Kini mereka sekadar beraksi di saingan League Two, iaitu liga divisyen keempat di England.

Dua tahun lalu, selepas tersingkir dari saingan Liga Kejuaraan, Bolton telah diisytiharkan muflis dan diletakkan di bawah pentadbiran khas.

Sehinggakan bank makanan kecemasan terpaksa digunakan untuk membantu pekerja kelab yang tidak dibayar gaji ekoran masalah kewangan yang kritikal.

Bolton Wanderers kemudian diberikan masa 14 hari oleh EFL untuk mencari pemilik yang baharu bagi menyelamatkan kelab dan diselamatkan pada saat akhir apabila Football Ventures (Whites) Limited, berjaya melengkapkan pengambilalihan.

https://twitter.com/CapitalNWNews/status/1197590732581814274?s=20

Kelab yang berpangkalan di Horwich ini mempunyai sejarah yang panjang dan merupakan salah satu pasukan yang mengasaskan Football League (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Inggeris – EFL) pada tahun 1888.

Kelab ini pada awalnya ketika ditubuhkan pada 1874 menggunakan nama Christ Church Football Club.

Sabtu ini, jika menang ke atas Exeter, mereka akan meraih promosi automatik ke League One dan sekaligus mengakhiri derita penurunan demi penurunan divisyen yang dialami sejak 10 tahun lalu.

Pengurus Bolton, Ian Evett mempunyai hasrat yang cukup besar, iaitu tidak mahu lagi penduduk di Bolton menyarung jersi Manchester United kerana dari segi geografi, Bolton merupakan sebuah bandar yang terletak di barat laut Manchester.

“Saya mahu kanak-kanak di Bolton menyarung jersi kami, bukan jersi Manchester United,” ujar Evett dalam temubualnya bersama The Guardian.

“Jika kita lakukan segalanya dengan betul untuk kelab ini sama ada di dalam atau di luar padang , diharapkan kami akan mendapat penyokong-penyokong baharu dan membina tapak yang kukuh.

Sebelum aksi menentang Carlisle United pada minggu lepas, Evatt bersama pemain-pemainnya meraikan kira-kira 200 orang penyokong di luar stadium yang memberi tepukan dan menyanyikan nama-nama mereka.

Walaupun hampir semua perlawanan musim ini berlangsung tanpa penonton di stadium, Bolton perlu menepati ramalan untuk mengakhiri saingan di kedudukan empat pasukan terbaik.

Menang 14 dari 18 perlawanan terakhir membolehkan mereka kini di kedudukan ketiga dengan mencatatkan 12 kemenangan, 10 seri dan 12 kekalahan serta masih berpeluang untuk muncul juara liga.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Coutinho Kembali Ke Merseyside

5 Perkara Menarik Apabila Bala Tentera Red Devils Belasah Laskar Roma

Real Madrid Akan Guna Jovic Untuk Cantas Peluang Man Utd Dapatkan Andre Silva

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN