Tak Puas Hati Disisihkan Dan Digugurkan, Veenod Mahukan Keadilan

Dalam beberapa minggu ini, kita banyak mendengar berita pengguguran pemain oleh pasukan Kelantan.

Sebelum ini nama seperti Bruno Lopes, Ferdinand Sinaga, Norfarhan Muhammad, Rozaimi Azwar, Faizol Nazlin Sayuti, Sukri Abd Hamid, Shafiq Ab Rahman, Tengku Qayyum Ubaidillah dan Hattaphon Bun An, kesemuanya digugurkan atas alasan KAFA mahu merombak semula skuad.

Terbaru, nama S. Veenod turut diumumkan telah digugurkan daripada skuad. Meskipun dalam komen laman facebook Bibi Ramjani, beliau menegaskan Veenod bukan digugurkan kerana dia sudah diberitahu awal akan hal itu. KAFA mengarahkan Veenod untuk mencari pasukan baru.

S. Veenod mengakui beliau terkejut masih belum menerima surat daripada KAFA berhubung dengan hal itu dan menegaskan beliau tidak teragak-agak mengheret KAFA ke muka pengadilan jika pengguguran itu dilakukan secara tak profesional.

Veenod tidak tahu apa status beliau di Kelantan buat masa ini. Bercakap kepada Berita Harian, Veenod berkata:

“Saya hanya mengetahui hal ini melalui media sosial dan akhbar. Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada KAFA.”

“Jadi, saya anggap saya masih pemain Kelantan walaupun mereka telah mengumumkan bahawa saya sudah digugurkan. Kontrak saya bersama pasukan itu adalah dua tahun, jika mereka mahu melepaskan saya, mereka perlu membayar ganti rugi kerana saya digugurkan bukan atas dasar kecederaan.”

“Saya akan menunggu surat hitam putih daripada KAFA sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Jika ia melanggar perjanjian, saya tidak teragak-agak mengheret mereka ke muka pengadilan untuk menuntut hak saya.”

Veenod juga memberitahu beliau kecewa dengan jurulatih baru, Fajr Ibrahim yang tidak membenarkan beliau menyertai latihan skuad Kelantan. Veenod diarahkan pulang oleh Fajr ketika mahu menjalani latihan petang kelmarin.

“Saya tidak dibenarkan berlatih bersama kerana jurulatih memberitahu saya sudah tidak ada dalam pasukan. Beliau kata saya tidak ada dalam perancangannya.”

“Beliau juga menyampaikan pesanan Presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) yang meminta saya mencari pasukan lain apabila jendela perpindahan dibuka kelak. Jadi, saya hanya duduk di tepi padang memerhati mereka berlatih.”

“Tapi, selagi KAFA tidak mengeluarkan surat, saya akan terus turun ke padang latihan seperti biasa kerana secara rasminya saya masih pemain Kelantan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN