‘Tak Perlu Sedih Sangat, Tak Ada Orang Meninggal Dunia Pun’

Lima gol dari Lassina Traore dan dua dari Jurgen Ekkelenkamp membantu Ajax Amsterdam merekodkan kemenangan 13-0 ke atas VVV Venlo dalam aksi Eredivisie 2020/21 malam semalam.

Susulan kemenangan itu, pengurus Ajax Erik ten Hag memuji tahap motivasi para pemainnya yang ‘lapar’.

“Pujian harus diberikan kepada para pemain. Mereka lapar. 13-0 adalah keputusan yang sangat bagus, satu rekod baru. Pada musim ini, Venlo telah mencatat beberapa keputusan bagus juga, maknanya mereka bukan pasukan biasa-biasa. Tapi kami telah berusaha keras untuk menang.”

Venlo terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-52 apabila pertahanan Christian Kum dibuang padang selepas menerjah keras pemain Ajax. Kesalahan yang pada awalnya dihukum dengan kad kuning bertukar menjadi kad merah selepas pengadil menilai semula keputusannya melalui VAR.

Bagaimanapun pada ketika itu, Venlo sudah pun ketinggalan 0-4, hasil dua gol Traore dan masing-masing satu dari Ekkelenkamp dan Dusan Tadic.

Selepas bermain dengan hanya 10 pemain, persembahan Venlo berubah dari buruk kepada teruk. Ini kerana Ajax berjaya menambah empat gol dalam masa lima minit hasil jaringan Traore, Anthony, Ekkelenkamp dan Daley Blind.

Traore menambah gol keempatnya pada minit ke-54 sebelum penyerang veteran Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit untuk menjadikan kedudukan 11-0.

Ketika perlawanan berbaki 12 minit, Lisandro Martinez menambah satu lagi gol sebelum Traore menutup tirai mimpi ngeri Venlo di halaman sendiri dengan gol kelimanya pada minit ke-87.

Pengurus VVV Venlo Hans de Koning tidak mempunyai sebarang perkara positif mengenai persembahan anak buahnya.

“Hari ini kami terlalu hormatkan Ajax. Kami buat semua benda jadi mudah untuk mereka. Kami telah gagal.

Tetapi Koning tetap berpendapat keputusan 0-13 ini sebagai sesuatu yang perlu diratapi.

“Tak perlu sedih sangat pun. Ya, ia kekalahan bersejarah, tapi kita kena terimalah sebagai manusia. Ia cuma perlawanan bola sepak. Tak ada orang meninggal dunia pun.”

Keputusan semalam merupakan kemenangan terbesar dalam rekod sejarah Eredivisie. Ia memecah rekod kemenangan 12-1, juga dimenangi oleh Ajax, ke atas Vitesse pada 19 Mei 1972.

Dalam rekod sejarah Ajax pula, kemenangan ini merupakan kemenangan kedua terbesar. Kemenangan terbesar mereka dicatat pada tahun 1984 apabila membelasah kelab Luxemborg, Differdange 14-0 dalam saingan UEFA Cup (kini Europa League).

Keputusan 13-0 ini pula malangnya menandakan kekalahan terbesar dalam rekod sejarah VVV Venlo. Rekod sebelum ini adalah kekalahan 1-10 kepada FC Eindhoven di Eerste Divisie pada 1964.

Penyerang antarabangsa Burkina Faso, Lassina Traore, 19, pula mengulangi pencapaian Donyell Malen yang menjaringkan jumlah gol sama ketika PSV Eindhoven menewaskan Vitesse pada tahun 2019.

Traore merupakan pemain Ajax pertama yang emnjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Eredivisie selepas Marco van Basten pada 1985.

Beliau bagaimanapun terlepas peluang menyamai rekod penjaring terbanyak Eredivisie dalam satu perlawanan yang dicatat oleh Afonso Alves (7 gol) ketika membantu Heerenveen menewaskan Heracles pada Oktober 2007.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Ajax: Sejarah Dan Legasi Tempat Lahirnya Total Football

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN