Tak Mahu Dibayangi Ronaldo, Lingard Tolak Kontrak Baharu Bersama MU

Jesse Lingard

Pemain Manchester United, Jesse Lingard tidak mahu dirinya dibayangi oleh ketibaan Cristiano Ronaldo yang menjadi bualan hangat seluruh dunia ketika ini.

Disebabkan itu, Lingard memilih untuk tidak menerima kontrak lanjutan bersama-sama United selepas ditawarkan oleh pihak kelab.

Laporan dari BBC Sport mendapati United jelas sekali mahu mengekalkan Lingard di Old Trafford walaupun sebesar mana pengaruh pemain itu dalam pasukan belum lagi dikenal pasti.

Lingard yang bakal menyaksikan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini dilihat tidak berminat untuk meneruskan kariernya di Old Trafford.

Sebaliknya, beliau mula untuk mempertimbang tawaran-tawaran lain yang membolehkan beliau mempunyai tugas yang lebih besar dalam pasukan itu.

West Ham menanti

Ketibaan Ronaldo ke United pastinya tidak memberikan petanda yang positif kepada situasi Lingard.

Walaupun kedua-dua pemain ini bukanlah beraksi di posisi yang sama, tetapi ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan peluangnya untuk terus berada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer.

Proses pinjaman Lingard ke West Ham United pada musim lalu cukup bermakna buat pemain itu.

Beliau berjaya untuk menghidupkan semula kariernya dengan beraksi cukup baik.

Malah, Lingard juga sudah berjaya menjengah ke skuad kebangsaan England selepas lama disisihkan!

West Ham jelas sekali berminat untuk membawa Lingard pulang semula ke London, malah tawaran juga ada dilakukan pada awal musim.

Namun ianya tidak berjaya direalisasikan dengan Lingard masih kekal bersama United.

Dengan Lingard menolak kontrak baharu, sambil tempohnya bersama-sama United bakal tamat di akhir musim ini. Adalah baik untuk West Ham memerhatikan dengan rapat situasi beliau.

Jika Lingard kekal tidak bersetuju untuk kontrak baharu, West Ham boleh cuba mendapatkan beliau secara pra-kontrak pada Januari 2022 apabila pemain itu sudah boleh bercakap dengan mana-mana pasukan.

Apakah langkah terbaik untuk beliau? Kekal di United atau bersama pasukan lain?

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply