Tak Disangka, Brighton Teruja Umum 96% Pas Bermusim Sudah Diperbaharui

Laman rasmi Brighton & Hove Albion semalam memuat naik kenyataan media penghargaan kepada penyokong mereka.

Ini selepas 96% pemegang pas bermusim kelab tersebut sudah memperbaharui pas mereka untuk kegunaan musim 2018/19.

Angka 96% itu dicapai pada 5 petang, Rabu lalu. Jadi hanya 4% sahaja pemegang pas bermusim masih belum memperbaharui pas mereka.

Daripada angka itu, Brighton sudah mendapat jumlah kutipan hari perlawanan yang sangat tinggi. Dijangka dalam 2% lagi akan memperbaharui pas mereka lewat dan mungkin hanya 2% yang tidak akan memperbaharui pas mereka.

Pecahan yang diumumkan oleh mereka adalah 16,000 sudah mendapatkan pakej gangsa untuk kesemua perlawanan di tempat sendiri. Sementara itu lebih 7,000 lagi dalam senarai menunggu untuk permohonan baru.

Tiket perlawanan di antara Brighton dan Leicester pada 31 Mac sudah pun dijual habis. Kelab dalam rangka persediaan untuk mengendalikan jumlah kehadiran penyokong terbesar ke dalam stadium Amex.

CEO Brighton & Hovre Albion, Paul Barber terkejut dengan semangat penyokong mereka yang tidak disangka-sangka sama sekali meskipun kelab mereka agak sukar bersaing dengan kelab lain di EPL.

Brighton berada di tangga ke-11 dan hanya 7 mata daripada zon penyingkiran. Namun ia bukan alasan penyokong mereka untuk tidak memberikan sokongan kepada kelab mereka.

“Jumlah angka pembaharuan pas bermusim ini sangat luar biasa. Ini membuktikan yang kelab ini mendapat sokongan yang luar biasa daripada penyokong.”

BRIGHTON, ENGLAND – MARCH 04: Davy Propper of Brighton and Hove Albion tackles Mesut Ozil of Arsenal during the Premier League match between Brighton and Hove Albion and Arsenal at Amex Stadium on March 4, 2018 in Brighton, England. (Photo by Christopher Lee/Getty Images)

“Jumlah penyokong kami akan terus bercambah dan kami sangat menghargai sokongan hebat ini ketika kami bermain di tempat sendiri dan bertandang ke tempat lawan.”

“Kami akan berterusan menjual lebih banyak tiket EPL, dengan perlawanan menentang Leicester pada 31 Mac sudah pun habis dijual. Perlawanan akan datang menarik 30,000 penyokong kami.”

“Kepada pemegang pas bermusim yang mahu menukar tempat duduk mereka, kami mahu beritahu yang perkara itu sangat terhad buat masa ini.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram