Tak Dapat Nombor 7, Sancho Pilih ’25’ Kerana Ikut Teori Ivan Zamorano?

Jadon Sancho Ivan Zamorano 25 Manchester United

Sebaik sahaja diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Manchester United, Jadon Sancho telah disahkan akan menggunakan jersi nombor 25 bersama pasukan baharunya itu bagi mengharungi musim 2021/22 yang akan bermula tidak lama lagi.

Urusan tersebut dimuktamadkan dengan harga perpindahan bernilai £73 juta dan kontrak selama lima tahun.

Sudah menjadi kebiasaan, apabila terdapat mana-mana pemain bintang yang menyertai pasukan baharu, peminat akan tertanya-tanya, apakah nombor yang akan digunakan olehnya.

Sancho sebelum ini digembar-gemburkan akan menyarung jersi nombor 7 seperti mana yang digunakan di Borussia Dortmund. Bagaimanapun nombor itu kini milik Edinson Cavani yang kekal di Old Trafford untuk musim keduanya.

Nombor tersebut dianggap bgitu ikonik kerana sebelum ini ia pernah disarung oleh beberapa orang legenda di Old Trafford seperti George Best, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Tetapi selepas itu, ia telah dianggap sebagai ‘sumpahan’ apabila deretan pemain yang menggunakan nombor tersebut dianggap ‘gagal’ dan tidak berakhir seperti yang diharapkan. Antaranya Michael Owen, Antonio Valencia, Angel Di Maria, Memphis Depay dan Alexis Sanchez.

Namun begitu, pemilihan nombor 25 oleh Sancho telah menimbulkan ‘teori’ tertentu oleh pemerhati bola sepak dan mereka mula membuat perbandingan dengan cara atau kaedah yang digunakan oleh Ivan Zamorano.

Penyerang Chile itu telah ‘dipaksa’ untuk melepaskan jersi nombor 9 di Inter Milan ekoran ketibaan penyerang prolifik yang juga legenda bola sepak Itali, Roberto Baggio.

Baggio telah mengambil nombor 10 yang sebelum itu digunakan oleh Ronaldo Nazario dan penyerang legenda Brazil itulah yang diberikan nombor 9.

Zamorano akhirnya membuat keputusan bijak yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran orang lain iaitu memilih nombor 18. Apa yang menarik adalah simbol ‘+’ yang diletak di antara dua nombor tersebut ‘1+8’ menjadikan jersinya tetap bernombor 9.

Justeru itu ia menyebabkan segelintir penyokong United percaya Sancho juga menggunakan kaedah tersebut apabila memilih nombor 25 kerana ‘2+5’ juga memberi maksud nombor 7 yang merupakan nombor kegemarannya.

Antara pemain lain yang pernah mengikut jejak Zamorano adalah Clinton Morrison (1+9) dan Ade Akinbiyi (5+5).

Langkah untuk tidak ‘merampas’ nombor pemain lain ini dianggap sesuatu yang tepat kerana ia jelas boleh menimbulkan rasa tidak puas hati oleh seseorang pemain yang menjurus kepada suasana tidak harmoni dalam pasukan.

United juga pernah melakukannya apabila nombor 9 Anthony Martial telah diberikan kepada Zlatan Ibrahimovic tanpa pengetahuan penyerang Perancis tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Adakah Pembelian Sancho Akan ‘Bunuh’ Karier Greenwood Di United?

Senarai Urusniaga Yang Membuktikan RB Leipzig Adalah Pakar Perpindahan

Merungkai Krisis Di Barcelona, Messi Perlu Tunggu Sehingga Januari Untuk Beraksi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN