Tai Zhi Kang: Faktor Tuah Bantu Kemaraan Southern FC

Southern FC

Kejayaan Southern FC melayakkan diri ke pusingan pertama Piala FA 2020 selepas menyingkirkan kelab dari Liga M3, Manjung City FC pada Ahad banyak dibantu hasil kecemerlangan penjaga golnya, Tai Zhi Kang.

Biarpun layak dinobatkan sebagai pemain terbaik pada aksi berdepan Manjung City FC di Stadium Panasonic, Shah Alam, dia tetap merendah diri sambil menganggap faktor tuah sebenarnya membantu kemenangan mereka.

Tambahnya, tanpa bantuan rakan sepasukan yang bekerja keras mengekang kekuatan pemain lawan, tidak mungkin mereka mampu bertahan sehingga 120 minit.

“Pasukan saya sebenarnya langsung tidak menduga boleh layak daripada peringkat ini kerana kami hanyalah ‘underdog’ berbanding pasukan lawan.

“Kami semua telah bermain dengan baik serta kekal disiplin sehingga penghujung permainan dan akhirnya kami bernasib baik dapat mara ke peringkat seterusnya.

“Pada situasi sepakan penalti, saya sendiri tidak menyangka mampu selamatkan sebanyak itu tetapi saya anggap ia hanya tuah berpihak kepada kami pada hari ini.

“Secara peribadi, saya harap pasukan kami mampu mara sejauh mungkin dan dapat bertemu dengan pasukan-pasukan dari Liga Super atau Premier bagi menguji kemampuan kami, ” katanya.

Dalam aksi pada Ahad, Zhi Kang menyelamatkan sekurang-kurangnya enam cubaan berbahaya pasukan lawan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat seri 1-1.

How Eng Hua membuka tirai jaringan pada minit-35 melalui sepakan percuma menarik sebelum kelebihan itu dipadamkan Muazzim Abdul Khalil, pada minit 47.

Zhi Kang bertindak cemerlang apabila menafikan tiga sepakan penalti Manjung iaitu daripada Mohd. Syafiq Rizuan, Muhd. Asyraaf Mat Pushni dan Muazzim.

Southern FC yang berpengkalan di Klang, Selangor pernah meraih perhatian pada pentas Piala FA 2018 apabila mara ke pusingan kedua sebelum tewas 7-0 di tangan Melaka.

Berusia 29 tahun, Zhi Kang sebenarnya merupakan produk Piala Presiden Selangor pada tahun 2011 dan 2012 sebelum dia melupakan impian untuk meneruskan karier selaku pemain profesional kerana memilih untuk memberikan fokus kepada pelajaran.

Namun, Zhi Kang tidak melupakan terus dunia bola sepak sebaliknya memilih saluran Liga Sosial untuk terus beraksi sehingga hari ini walaupun sudah bekerja sepenuh masa sebagai pegawai pemasaran dalam bidang perubatan.

“Pengalaman tertinggi saya sebelum ini ialah pernah beraksi dengan skuad Bawah 21 Selangor iaitu Piala Presiden, kira-kira lapan tahun yang lalu.

“Sekarang ini saya bekerja di pegawai jualan di salah sebuah syarikat perubatan tetapi saya masih kekal aktif bermain, terima kasih di atas platform liga sosial.

“Melalui adanya pasukan seperti Southern FC ini dan pasukan lain di pentas liga sosial, saya rasa bagus kepada perkembangan bola sepak secara keseluruhan kerana membuka ruang pemain seperti kami yang mungkin tidak bermain di pentas tertinggi, ” katanya.

Kredit foto: Malaysian Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN