Syifa Melvin Dakwa Tak Pernah Paksa Safawi Berkahwin Dengannya

Selepas merasakan dirinya telah ‘diserang’ secara peribadi oleh pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris sebagai individu yang bertanggungjawab membuatkan prestasi Safawi Rasid merosot dengan teruk, pelakon, Syifa Melvin telah tampil menjawab tuduhan tersebut dalam akaun Instagram miliknya.

Pelakon berusia 26 tahun itu menafikan beliau menjadi punca kepada kemerosotan prestasi Safawi Rasid dalam tiga perlawanan kompetitif pada musim ini iaitu perlawanan menentang Vissel Kobe, Kedah dan Suwon Bluewings.

Syifa turut mendakwa beliau tidak pernah memaksa bintang JDT tersebut untuk berkahwin dengannya seperti mana tuduhan yang dilemparkan.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” kata Syifa.

Pelakon drama #SisCuba itu kemudian dipercayai telah memadam hantaran berkenaan kerana semakan semula mendapati ‘story’ tersebut tiada lagi dalam akaunnya.

Jalinan cinta antara Syifa dan Safawi bukan lagi rahsia selepas kedua-dua mereka telah menzahirkan hubungan mereka secara terbuka. Malah pada awal tahun ini, penyerang Harimau Malaya itu telah menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu.

Namun prestasi buruk Safawi dalam beberapa perlawanan telah menimbulkan persoalan, apakah yang menyebabkan beliau ‘hilang tumpuan’ di atas padang dan ianya mungkin telah menimbulkan kemarahan kepada pemilik kelab.

Konflik tersebut bertambah ‘hangat’ apabila Syatilla Melvin iaitu kakak kepada Syifa telah membuat hantaran yang seakan-akan ditujukan kepada pihak yang membuat tuduhan kepada adiknya.

“Aku sendiri pun tak pernah meroyan kat media sosial,” tulis Syatilla.

Tidak cukup dengan itu, ‘perang’ tersebut berterusan apabila TMJ pula membalas hantaran berkenaan.

“Perangai sebanar orang berpura-pura baik pakai tudung. Dumb ass *****.

“When you have money, everybody wants to be your friends.”

Diharapkan isu melibatkan hal peribadi seperti ini tidak berpanjangan dan kedua-dua pihak dapat menyelesaikannya dengan baik.

Semoga Safawi dapat kembali ke prestasi terbaiknya memandangkan khidmatnya sudah tentu amat diperlukan oleh skuad kebangsaan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN