Syed Saddiq: “Saya Tak Pecat Lim Teong Kim, Dia Kekal Pengarah NFDP Yang Sah”

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyatakan yang Lim Teong Kim tidak dipecat.

Beliau juga memberitahu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) akan diteruskan.

Syed Saddiq memberitahu yang pemecatan Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih B-16 oleh FAM tidak akan memberikan kesan kepada jawatan beliau dalam NFDP.

Dipetik daripada sumber sumber Utusan Online, Syed Saddiq berkata yang Lim Teong Kim masih Pengarah NFDP yang rasmi.

Syed Saddiq yang dikecam kerana mendedahkan gaji Lim Teong Kim sambil meminta pengendali itu bertanggungjawab. Beliau meminta maaf dan menyatakan:

“Saya dengan penuh rasa rendah diri meminta maaf kepada penyokong bola sepak tanah air.”

“Seperti anda semua, saya juga mengidamkan hari di mana Malaysia akan layak ke Piala Dunia (B-17).”

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya juga bertanggungjawab ke atas pembangunan semua sukan yang lain.”

“Ada kalanya, keputusan yang sukar perlu dibuat demi pembangunan sukan negara secara keseluruhan. Saya harap rakan-rakan ambil masa untuk baca penjelasan saya.”

“Saya tidak memecat Lim Teong Kim (LTK) dan NFDP akan diteruskan.”

“Saya ingin ulang sekali lagi seperti apa yang saya katakan dalam kenyataan akhbar berkenaan hala tuju NFDP selepas kegagalan skuad negara dalam melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja Bawah 17 tahun di Peru tahun hadapan.”

“Selepas sahaja perlawanan tersebut, FAM telah memecat LTK sebagai jurulatih skuad bawah 16 kebangsaan.”

Pemecatan Lim Teong Kim tiada kaitan dengan NFDP. Dan beliau mahu menstruktur semula banyak perkara dalam NFDP. Syed Saddiq menambah lagi:

“Ini tiada kaitan dengan NFDP dan beliau masih Pengarah Akademi Bola Sepak Negara yang sah di bawah NFDP sehingga kini.”

LIm Teong Kim

“Tetapi saya tidak boleh lari dari realiti NFDP yang menghadapi situasi kewangan yang sangat teruk pada waktu ini.

“Dana khas dari kerajaan terdahulu yang dijanjikan sebanyak RM20 juta setahun tidak turun sejak tahun pertama NFDP dilancarkan.”

“Akibat dari masalah ini, MSN hari ini terpaksa menggunakan dana mereka sendiri yang diambil dari peruntukan untuk keperluan lain bagi menanggung perbelanjaan NFDP.”

“MSN bertanggungjawab untuk membangunkan semua sukan tetapi kerana dana yang dijanjikan kerajaan terdahulu tidak diturunkan, dana MSN terpaksa digunakan.”

“Dari RM20 juta yang dijanjikan setiap tahun akhirnya pada 2016 dan 2017, kita hanya terima RM3.5 juta setiap tahun.”

“Saya tetap dengan pendirian untuk menilai semula pakej gaji yang diberikan pada LTK di bawah NFDP.”

“Ini bukan bermaksud saya mempersoalkan kelayakan beliau menerima jumlah gaji tertentu. Rakyat perlu maklum bahawa sebelum ini 80 peratus daripada gaji beliau dibayar oleh penaja tetapi semenjak dua tahun yang lepas, MSN menanggung kesemua pembayaran tersebut selepas penaja menarik diri.”

“Tanggungjawab MSN kepada sukan lain akan turut terjejas.”

“Saya juga mahukan LTK terus menerajui NFDP dengan kepakaran yang beliau ada tetapi situasi kewangan yang ada pada MSN ketika ini tidak mampu untuk menanggung pakej yang sama.”

“Jadi saya harap perbincangan dengan beliau bakal menemukan titik tengah yang menguntungkan kedua-dua belah pihak demi masa depan bola negara.”

Syed Saddiq juga menyatakan penstrukturan semula bukan sahaja melibatkan gaji, tetapi merangkumi aspek lain termasuk pengurusan, pertandingan, kos alatan dan sebagainya.

Beliau akan bertemu dengan Menteri Kewangan untuk membincangkan soal dana dengan mengambil kira banyak aspek bagi memastikan ia munasabah.

Beliau juga membuka pintu kepada peminat yang mahu menyuarakan idea dan pandangan bagi pembangunan bola sepak di akar umbi.

Kata Syed Saddiq, dalam proses penilaian semula NFDP, beliau menjemput peminat untuk sama-sama menyumbang idea bagi menambah baik program pembangunan akar umbi ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN