Syed Saddiq Kagum Fagiano Okayama Ditaja Lebih 700 Syarikat

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kagum dengan penglibatan orang Jepun dalam membangunkan bola sepak. Antaranya adalah menerusi penajaan, di mana syarikat besar dan kecil turut aktif terlibat.

Syed Saddiq mengadakan lawatan kerja ke kelab yang berpangkalan di negara matahari terbit itu.

Syed Saddiq mendapat tahu yang kelab divisyen 2, Fagiano Okayama mendapat tajaan lebih daripada 700 syarikat setempat.

Dipetik daripada sumber Utusan Malaysia, Syed Saddiq berkata: “Fagiano contohnya, bukannya satu-dua yang menaja mereka, tetapi lebih 700 syarikat memberikan sokongan, melibatkan bukan hanya syarikat kecil tetapi juga besar daripada kawasan setempat.”

Syed Saddiq juga menyatakan bahawa ada penaja yang hanya menaja AS$100 (RM419), namun pasukan seperti Fagiano Okayama sangat menghargai usaha itu.

Lantas beliau mahu budaya seperti itu diterapkan di Malaysia. Seterusnya, pemain muda negara kita, Hadi Fayyadh menyatakan kelab kelab Jepun adalah pengurusan kewangan yang baik. Oleh itu mereka dapat mengatasi masalah tunggakan gaji.

Beberapa minggu lalu, CEO PFAM – Izham Ismail mendedahkan bahawa ada tunggakan RM6.4 juta yang sedang diuruskan di atas meja mereka.

Syed Saddiq kecewa dengan masalah itu yang bukannya perkara baharu dalam bola sepak Malaysia.

“Isu tunggakan gaji, sudah banyak kali kita dengar. Saya ada bertanya perkara ini kepada pengurusa di sini [Jepun]. Menurut mereka, kalau didapati ada masalah seperti itu, pasukan mereka akan terus disingkirkan oleh JFA.”

Beliau juga membandingkan tindakan JFA itu dengan MFL yang sebelum ini terus menyingkirkan pasukan Perlis FA daripada saingan Liga Premier selepas isu tunggakan gaji yang terlalu tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN