Syed Saddiq Cabar Belia Buat 20 Clap Push Ups Dalam 17 Saat

Syed Saddiq

Syed Saddiq mengemukakan cabaran baru – buat 20 reps clap push ups dalam masa 17 saat atau lebih baik daripada itu – kepada semua orang menerusi akaun rasmi Twitter beliau.

Bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut menunjukkan kekuatan teras badan (body core) yang sangat baik apabila memuat naik video #StayAtHomeChallenge di Twitter.

#StayAtHomeChallenge merupakan cabaran fizikal dan skil yang tular di media sosial sejak banyak negara menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, kuarantin sendiri dan perintah berkurung.

Ia susulan penularan wabak penyakit COVID-19 yang memaksa rakyat negara yang terkesan untuk duduk di rumah dalam masa 14 hari.

Antara #StayAtHomeChallenge yang popular di seluruh dunia ketika ini adalah cabaran menimbang gulungan tisu tandas. Cabaran telah dibuat oleh banyak bintang bola sepak dunia termasuklah Lionel Messi.

Cabaran menimbang tisu tandas ini kemudiannya menjadi lebih kreatif dan inovatif seperti yang dilakukan oleh kelab bola sepak wanita di England ini:

Petr Cech menggabungkan dua sukan kegemaranannya – hoki ais dan bola sepak – dalam cabaran ini:

Dalam erti kata lain, semua orang menyibukkan diri mereka di rumah dengan melakukan #StayAtHomeChallenge.

Reaksi belia terhadap cabaran Syed Saddiq

Cabaran #StayAtHomeChallenge yang dikemukakan Syed Saddiq ini mendapat respons yang positif. Ramai yang dapat melakukannya clap push ups dengan baik walaupun tidak sepantas dan sebanyak bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Ada juga netizen yang berjaya memperbaiki catatan Syed Saddiq iaitu sebanyak 20 reps dalam masa 15 saat:

Ada juga yang lebih dahsyat sampaikan ‘boleh’ buat dua claps dalam satu push up!

Rekod dunia clap push ups

Menurut World’s Guinness Record, rekod dunia clap push ups paling banyak dalam satu minit adalah 90. Rekod ini dipegang oleh lelaki dari United Kingdom, Stephen Buttler pada 17 November 2011.

Ini bermakna pemegang rekod dunia ini hanya memgambil masa 13.33 saat untuk melakukan 20 clap push ups – hampir 4 saat lebih pantas berbanding Syed Saddiq.

Bagaimana pula dengan anda? Bolehkah anda menyahut #StayAtHomeChallenge Syed Saddiq dengan melakukan 20 clap push ups sepantas mungkin?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Syed Saddiq di bawah:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram