Syed Saddiq: Berita Man. City Mahu Beli Sebuah Kelab Malaysia Adalah Benar

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertegas dan mempertahankan kenyataan beliau tempoh hari. Di mana Syed Saddiq berkata bahawa Manchester City mahu membeli sebuah kelab di Malaysia.

Semalam, wartawan bertanya kepada Syed Saddiq akan kesahihan maklumat ini. Ianya berikutan penularan perbualan WhatsApp oleh TMJ dengan orang dalaman di dalam Man. City menegaskan bahawa perkara itu tidak benar.

Menerusi perbualan TMJ dengan Tinco 2 turut menyatakan bahawa Manchester City datang ke Malaysia untuk bertemu dengan salah sebuah rakan penaja mereka.

Perbualan itu berbunyi: “Ferran memberitahu ia sengaja diperbesarkan. Dia datang ke KL untuk bertemu penaja sebagai penghargaan di atas kenyataan diberikan menteri.

“Memang mereka menaruh minat terhadap Malaysia sama seperti negara lain, tetapi mereka tidak berminat untuk membeli mana-mana kelab,” kata petikan yang dikongsi Tincho 2 kepada TMJ.

Saddiq: Tanyalah Ferran sendiri

Syed Saddiq kemudian meminta wartawan dan mereka yang tidak percaya akan kenyataan beliau agar menghubungi sendiri CEO Man. City, Ferran Soriano untuk mengesahkan akan perkara itu.

Syed Saddiq juga menyatakan bahawa selain daripada beliau – turut berada dalam mesyuarat dengan delegasi Man. City ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

FOTO: Syed Saddiq

Syed Saddiq turut mengesahkan bahawa pihak beliau dan Man. City mewujudkan pelan kerjasama di antara Man. City dengan NFDP serta Akademi Mokhtar Dahari.

“Mereka [yang ragu-ragu] boleh bertanya kesahihan berita itu daripada mereka [yang hadir dalam perbincangan tempoh hari].”

Menjawab tentang persoalan tentang: adakah benar Manchester City mahu membeli sebuah kelab di Malaysia.

Syed Saddiq menyatakan beliau boleh mengesahkan perkara itu turut disebut di dalam sesi pertemuan dengan Soriano. Namun ianya masih belum dimuktamadkan.

Syed Saddiq turut optimis kerjasama dengan Man. City akan direalisasikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN