Syamim Yahya Antara Pemain Baharu Yang Diumumkan Terengganu FC

Terengganu FC

Selepas kehilangan sembilan orang pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019, Terengganu FC mengorak langkah dengan mengumumkan 10 orang pemain baharu mereka petang semalam.

Turut terselit dalam senarai pemain baharu tersebut adalah bekas pemain tengah Felda United, Ahmad Syamim Yahya serta pemain sayap Negeri Sembilan, Mohd Khairul Izuan Rosli.

Mungkin senarai pemain yang diperkenalkan oleh Terengganu FC bagi musim depan itu adalah bukan nama besar dalam kancah bola sepak tanah air, namun bagi ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, beliau mempunyai alasan tersendiri.

Menurut laman web rasmi Terengganu FC, Irfan Bakti menjelaskan beliau lebih gemar untuk merekrut pemain yang tidak terkenal berbanding pemain yang mempunyai nama besar serta menerima bayaran gaji yang tinggi.

Irfan menyatakan beliau lebih cenderung untuk melahirkan pemain yang dirasakannya mampu untuk digilap bagi menjadi seorang pemain bola sepak yang baik.

Dalam pada itu, pengendali berusia 67 tahun itu juga menyifatkan bahawa keupayaan Terengganu FC menjadi sebuah pasukan yang kuat pada musim 2018 adalah berpunca daripada mental para pemain.

Hubungan mesra dalam kalangan pemain, tiada sikap pentingkan diri serta sangat jujur ketika beraksi menjadi tunjang kepada kekuatan Terengganu FC.

Berikut adalah senarai pemain baharu yang diumumkan Terengganu FC:

1) Muhammad Azalinullah Mohammed Alias – PJ Rangers
2) Mohd Khairul Izuan Rosli – Negeri Sembilan
3) Khairul Anwar Shahrudin – Negeri Sembilan
4) Muhamad Ilham Amirullah Razali – Negeri Sembilan
5) Muhamad Khairu Azrin Khazali – Felda United
6) Ahmad Syamim Yahya – Felda United
7) Mohamad Shafawi Mohamad – Terengganu FC III
8) Muhammad Mohd Fauzi – Terengganu FC II
9) Muhamad Sharin Sapien – Terengganu FC II
10) Mohd Haidhir Suhaini – Terengganu FC II

Foto: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN