Syahmi Safari: Jangan Ingat Pemain Simpanan Tak Penting

Syahmi Safari Selangor

Pemain pertahanan Selangor, Syahmi Safari akhirnya menamatkan kemarau jaringan dengan menjaringkan gol kemenangan pasukannya ke atas Melaka United tempoh hari selepas kali terakhir mencetak nama selaku penjaring gol adalah pada 2019.

Sekalipun dalam perlawanan tersebut beliau masuk dari bangku simpanan, namun pemain kebangsaan itu menganggap pemain simpanan juga perlu sedar kepentingan mereka dalam memberikan impak kepada pasukan.

Bagi pemain berusia 23 tahun itu, pemain simpanan bukan hanya sekadar menjadi pelengkap, tetapi bertanggungjawab untuk memberikan persembahan terbaik apabila diperlukan mengikut perancangan jurulatih.

Baginya tidak kira hadir sebagai pemain dalam kesebelasan utama atau simpanan, setiap pemain mempunyai peranan yang cukup penting di atas padang untuk membantu pasukan terutamanya ketika waktu kritikal.

“Alhamdulillah rezeki untuk saya pada bulan ini dapat menjaringkan gol selepas kali terakhir melakukan jaringan pada tahun 2019,” kata Syahmi ketika ditemubual Media MFL.

“Sebenarnya dekat sini baik pemain utama atau simpanan, kita semua penting, terutamanya pemain simpanan, apabila kita dimasukkan, kita kena pastikan dapat beri sesuatu di atas padang, dan penting untuk kita bagi balik kekuatan kepada pasukan apabila ketinggalan untuk mengejar jaringan.

“Semestinya jika diberi peluang, saya memang akan bagi yang terbaik dan saya sedar sebelum ini prestasi saya tidak begitu baik, jadi saya perlu memperbaiki diri sedikit demi sedikit untuk buat lebih baik daripada ini dalam aksi akan datang.”

Ketika rakan sepasukan sedang bergelut untuk memburu kemenangan di Stadium Hang Jebat tempoh hari, Syahmi merebut peluang yang diberikan untuk menjaringkan gol penting dan sekaligus membantu Selangor membawa pulang tiga mata penuh dari tempat lawan.

Bercakap mengenai ketua jurulatih, Karsten Neitzel, beliau menyifatkan sikap jurulatih dari Jerman itu begitu mementingkan tahap intensiti latihan yang tinggi membuatkan barisan pemain begitu berusaha keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Bagi saya, beliau sangat profesional dalam latihan di mana tahap intensiti dalam latihan memang tinggi dan pemain-pemain akan bagi 100% untuk bersaing mendapat tempat dalam kesebelasan utama,” katanya lagi.

“Secara tidak langsung, pasukan itu sendiri akan terus memperbaiki prestasi untuk berada di tahap yang lebih baik dan saya sendiri mengaku banyak lagi yang kena belajar terutamanya daripada segi bertahan.”

Selangor yang dianggap sebagai salah satu pasukan pencabar kejuaraan musim ini sedang menduduki tangga kelima Liga Super dengan mengumpul 14 mata.

Untuk perlawanan seterusnya, The Red Giants akan melayan kunjungan Sabah di Kelana Jaya pada Jumaat ini.

Kredit Foto: Selangor FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN