“Suruh Netizen Jadi Jurulatih, Kita Tengok Menang Atau Tidak” – Jamal Nasir

Netizen Jamal Nasir

Segalanya tidak kena di mata netizen dan ini mengundang bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir mencadangkan agar netizen pula mengambil alih peranan sebagai pengendali skuad kebangsaan selepas ini.

Lumrah di dunia, para penyokong sentiasa melontarkan pandangan dan begitu juga dengan semua pihak atas prestasi pasukan disokong atau yang mereka terlibat. Tiada siapa yang mengatakan netizen sentiasa betul.

Mungkin adakalanya ia kedengaran kurang enak dengan bahasa yang digunakan, namun harus difahami para penyokong adalah daripada pelbagai latar belakang, jadi segala yang dilontarkan adalah berdasarkan apa yang mereka faham dan apa ilmu serta sikap yang ada dalam diri mereka. Ia hanya pandangan mereka sahaja.

Namun, bagi Jamal Nasir, netizen mengkritik tanpa mahu memahami apa yang sedang diusahakan oleh pengendalinya, Tan Cheng Hoe. Katanya, “Kita jangan terburu-buru, bila kalah saja nak suruh letak jawatan.”

“Sebelum ini, netizen minta jangan bawa ramai pemain JDT dan coach Tan senaraikan beberapa muka baharu dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini. Tetapi, apabila kalah coach Tan kena kritik dan netizen minta beliau letak jawatan. Padahal itu juga permintaan netizen yang mahu ramai muka baharu dalam pasukan.

“Kalau macam tu, suruh netizen jadi jurulatih dan kita tengok menang atau tidak pasukan Harimau Malaya,” tegasnya lagi mengenainya sambil berkata semua harus memahami tindakan yang dilakukan pengendali itu.

“Apa yang sedang dibuat oleh coach Tan sekarang adalah beliau sedang membentuk satu pasukan yang solid untuk menghadapi pertandingan sebenar. Kita kena rasional dan jangan apabila kalah saja suruh tukar jurulatih.

“Apa yang penting sekarang ini kita nak pasukan negara bergerak ke hadapan. Jangan fikir dengan kekalahan ini kita tidak boleh bangkit lagi. Kalau semua orang nak kritik, macam mana bola sepak kita nak naik semula?

“Bagi saya, kekalahan pasukan negara ini ada hikmahnya. Jangan kita sempitkan pemikiran kita. Kalau apa yang dibuat oleh coach Tan untuk mencuba pemain baharu ini pun netizen kata salah, cara apa yang boleh dibuat lagi untuk menambah baik pasukan negara,” tambahnya lagi dengan panjang lebar mengenai perkara tersebut.

Kritikan kepada Cheng Hoe timbul berikutan dua kekalahan dalam aksi persabahatan menentang Jordan (1-4) dan Uzbekistan (0-5) baru-baru ini, selain tewas dalam enam daripada tujuh aksi yang dilalui tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN