Surat Terbuka Kepada PBNJ Dari Seorang Peminat Bola Sepak Sarawak

Saya bukanlah pengulas sukan ataupun pakar dalam sukan bolasepak.

Jadi dengan rasa rendah diri, saya ingin menyatakan pendapat saya yang mungkin boleh diambil kira untuk pembangunan bola sepak tempatan. Kalau tak pun, jadikanlah pendapat saya ini sekadar bahan bacaan di masa lapang sahaja.

Saya berasal dari Sarawak. Namun saya merupakan salah peminat pasukan JDT sejak ianya direvolusikan pada tahun 2013.

Kenapa saya minat JDT? Padahal Johor bukanlah negeri kelahiran saya.

Saya minat JDT kerana struktur pembangunan bolasepak, fasiliti pasukan dan budaya pentadbiran mereka yang telus.

Bermula daripada sekadar mengikuti perkembangan JDT sejak 2013, kini JDT telah menjadi satu obsesi. Secara jujurnya sejak penubuhan JDT pada 2013, saya agak mencemburui apa yang TMJ lakukan untuk peminat bolasepak Johor.

Sumber gambar: http://www.johortimes.my/
Sumber gambar: www.johortimes.my

Dengan rasa rendah diri, berikut adalah harapan saya kepada PBNJ dan juga kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab seluruh Malaysia.

1. Luaskan kuasamu ke pendalaman Sarawak

IMG_3704

Seperti yang anda sedia tahu, Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, ramai belia yang berbakat di pendalaman Sarawak.

Namun, mereka tidak mendapat pendedahan yang sepatutnya. Bakat yang mereka ada disia-siakan.

Saya tahu, bukan mudah untuk mencungkil bakat-bakat di pedalaman. Sepertimana yang kita tahu, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) pun tidak dapat mencari bakat menyeluruh di pedalaman Sarawak.

Tetapi saya yakin dengan apa sumber dan kepakaran yang JDT ada, tidak mustahil akan ada bakat yang segar dari pedalaman Sarawak.

Contohnya, ramai anak-anak Kayan, Kenyah, Bidayuh, Iban, Melayu, Cina, Orang Ulu, Bisaya dan Penan yang mempunyai bakat. Namun mereka sangat dahagakan pendedahan dan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka.

2. Jadikan JDT satu jenama universal

IMAGE ONE

Ketika ini jika seseorang menyebut nama ‘JDT’, kita akan segera ingat ia jenama untuk bangsa Johor saja. Tidak. Bagi saya, JDT boleh menjadi lebih daripada itu. JDT boleh menjadi jenama universal.

Ketika ini, kelab-kelab besar dari Eropah seperti Manchester United, Barcelona, Bayern Munich dan sebagainya sibuk mempromosikan jenama pasukan mereka ke rantau Asia.

Manchester United bukan lagi kelab untuk penduduk Greater Manchester sahaja. Barcelona pula bukan lagi kelab untuk rakyat Catalonia sahaja. Bayern Munich pula bukan lagi kelab untuk orang Bavaria sahaja.

Jika kelab-kelab besar Eropah ini boleh, kenapa tidak JDT? Kenapa tidak Sarawak? Dan kenapa tidak Selangor?

Jadi saya berpendapat pihak pengurusan PBNJ dan pengurusan persatuan pasukan lain perlu meluaskan lagi pengaruh mereka ke Sarawak dan negeri lain.

Dengan strategi pemasaran yang betul, PBNJ dapat membantu pemain muda tempatan untuk untuk mengembangkan bakat di akademi bolasepak masing-masing pada masa hadapan.

3. Cawangan JDT di Sarawak

a7

Membuka cawangan penyokong JDT di negeri lain bukanlah satu kesalahan. Ia tak bermakna kita membelakangkan pasukan dan persatuan bolasepak negeri sendiri. Mungkin PBNJ boleh berkerjasama dengan pihak tempatan.

Dengan adanya cawangan di setiap ibu negeri, JDT dapat menyediakan informasi selain dapat menjual tiket dan merchandise untuk perantau Johor dan penyokong JDT yang dibesarkan di negeri lain.

Ini membolehkan PBNJ mempunyai sumber kewangan tambahan selain daripada hasil jualan tiket perlawanan.

Cadangan ini tak terhad kepada PBNJ saja. Persatuan-persatuan bolasepak negeri di Malaysia juga boleh membuka cawangan di negeri lain bagi memeriahkan lagi industri bolasepak negara.

Cadangan saja

Ini cadangan saya saja peminat bolasepak tanah air. Bukanlah niat saya untuk mencari salah semua pihak. Saya cuma sangat meminati gaya kepimpinan PBNJ yang didukung oleh TMJ.

Pencapaian serta prestasi JDT amat saya kagumi. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat bersua muka dengan beliau untuk berkongsi pendapat dan membincangkan mengenai pembangunan bola sepak.

Saya percaya dengan adanya pengurusan yang professional dan disiplin yang tinggi, tidak mustahil bola sepak kita akan maju.

Malah cadangan saya tidak terhad untuk PBNJ saja, malah untuk persatuan-persatuan bola sepak yang lain juga.

Adalah menjadi impian saya untuk menyumbang pembangunan bolasepak negara secara langsung atau tidak langsung. Saya bukan lah mengkritik ataupun mengatakan semua pihak tidak bagus, tetapi sekadar menyampaikan pendapat.

Sekian, terima kasih. Salam dari Borneo.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Justine Pengiran Igai, seorang peminat bola sepak dan penyokong JDT dari Sarawak.

Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected]

Baca juga: 4 Sebab Mengapa Bilik Persalinan JDT Impian Setiap Pemain Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN