Supercoppa Itali: Lazio Juara, Tewaskan Juventus

Juventus gagal untuk mempertahankan Piala Supercoppa Itali selepas tewas di tangan Lazio. Maurizio gagal untuk menjulang piala pertama beliau dengan Juventus.

Perlawanan Supercoppa pada kali ini dilangsungkan di Arab Saudi. Juventus tewas 1-3 di dalam perlawanan tersebut, yang menyaksikan kedua – dua pasukan memiliki peluang gol yang seimbang.

Luis Alberto meletakkan Lazio di hadapan seawal minit ke-16 perlawanan.

Namun begitu skuad bimbingan Maurizio Sarri berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan sebelum wisel rehat oleh Paulo Dybala.

Ia berpunca daripada rembatan Ronaldo yang ditampan lemah oleh penjaga gol. Dybala mengambil kesempatan dengan tindakan susulan yang menghasilkan gol mudah.

Pada separuh masa kedua, Juventus cuba memperbaiki rentak permainan mereka. Namun segalanya tidak menjadi di hadapan gol.

Lazio kembali di hadapan menerusi pemain sensasinya Senad Lulic yang menyempurnakan hantaran lintang oleh Marco Parolo pada minit ke-73.

Lulic melakukan voli menewaskan penjaga gol Old Lady, Wojciech Szczesny.

Tekanan jelas menyelubungi kem Juventus. Rodrigo Bentancur dibuang padang pada masa kecederaan.

Dan tidak lama kemudiannya Danilo Cataldi menambah lagi derita Juventus dengan gol ketiga pasukannya menerusi sepakan percuna yang cantik.

Itu adalah aksi terakhir di dalam perlawanan ini dan wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Lazio dinobat juara Supercoppa 2019. Dan ini merupakan kejuaraan Supercoppa kelima di dalam sejarah pasukan mereka.

Ini juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut Juventus di tangan Lazio dengan jumlah jaringan yang sama.

Tahniah kepada Lazio!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN