Piala Sumbangsih 2018: JDT Juara, Aksi Dominan Tewaskan Kedah

Piala Sumbangsih 2018 menandakan bermulanya musim Liga Malaysia secara rasmi. Perlawanan di antara JDT dan Kedah dilangsungkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin.

Separuh masa pertama

Percubaan dari kanan Cabrera minit ke-7 gagal ditangkap kemas oleh Ifwat. JDT kemudian lebih domian dan banyak gerakan direncana terutama sekali dari Corbin Ong dan Natxo Insa.

Namun Kedah terlebih dahulu mendahului JDT pada minit ke-14 hasil jaringan Paralles, selepas aksi kurang kemas Izham Tarmizi ketika menyapu (sweeping) bola.

Kredit kepada Sandro yang bijak menghantar bola kepada rakannya itu. Ini adalah jaringan pertama Paralles dalam debut beliau.

JDT terus cuba memberikan respon segera. Cabrera melakukan lambungan yang terkena palang pada minit ke-17.

Corbin Ong mencipta peluang untuk Luciano namun gagal disudahkan. Baddrol melepaskan sepakan percuma di kawasan bahaya pada minit ke-18. JDT terus mengasak dan percubaan Hariss Harun liar pada minit ke-28.

JDT akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-28. Jaringan pertama dalam kepulangan semula legenda JDT ini.

10 minit kemudian, Sandro mendapat peluang dari jarak dekat namun percubaan beliau diselamatkan Izham Tarmizi. Sebelum masuk ke bilik persalinan, Pereyra Diaz mensia-siakan peluang untuk JDT.

Separuh masa pertama berakhir 1-1.

Separuh masa kedua

JDT tampil agresif dan memaksa Ifwat melakukan beberapa aksi menyelamat pada 10 minit pertama. Sandro dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Cabrera. Ianya adalah foul taktikal.

Corbin Ong mencipta peluang hasil daripada situasi sepakan percuma Safiq yang gagal dikeluarkan pertahanan Kedah. Hantaran Corbin Ong disempurnakan oleh Marcos Antonio. 2-1 JDT mendahului pada minit ke-62.

Minit ke-71, hantaran cantik Natxo Insa didada kemas oleh Cabrera namun sayangnya percubaan beliau sedikit tersasar.

Farhan Roslan dimasukkan untuk menggantikan Syazwan Tajudin pada minit ke-72. Percubaan bahaya oleh Sandro menerusi sepakan bebas yang terbias pada benteng.

Gary Steven Robat dimasukkan pada minit ke-75 menggantikan Marcos Antonio yang baru pulih daripada kecederaan dan dilihat sudah cukup untuk bermain malam ini.

Hazwan Bakri dimasukkan menggantikan Cabrera pada minit ke-82. Aksi yang menarik daripada Cabrera sepanjang perlawanan ini.

Pada masa kecederaan, Pablo Pallares diperangkap ofsaid dalam usaha membentuk situasi bahaya. Tidak lama selepas itu, Baddrol bijak menewaskan perangkap ofsaid sayangnya hantaran beliau lemah.

Safiq Rahim memberikan ancaman terakhir ke arah pintu gol pasukan Kedah namun tidak berjaya menewaskan Ifwat.

JDT Juara!

Tamat perlawanan, JDT menang 2-1 dan memenangi Piala Sumbangsih musim 2018. Piala Sumbangsih ke-3 dalam sejarah mereka dan ke-3 dalam 4 musim terakhir.

Ini turut memberikan 3 mata pertama untuk JDT dalam saingan MSL musim ini.

Kesebelasan utama

JDT – Izham Tarmizi, S.Kunanlan, Fadhli Shas, Marcos Antonio, Corbin Ong, Safiq Rahim, Natxo Insa, Hariss Harun, Pereyra Diaz, Luciano Figueroa, Gonzalo Cabrera.

Simpanan – Haziq Nadzli, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Hazwan Bakri, Azrif Nasrulhaq, Gary Steven, Safawi Rasid

Kedah – Rizal Ghazali, Ifwat Akmal, Khairul Helmi, Syazwan Tajuddin, Arif Farhan, Hidhir Idrism Syazwan Zainon, Baddrol Bakhtiar (C), Liridon Krasniqi, Pablo Pallares, Sandro Da Silva,

Simpanan: Hadi Hamid, Syawal Nordin, Norfiqrie Talib, Akram Mahinan, Amirul Hisyam, Farhan Roslan, Akhyar Rashid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN