Piala Sumbangsih 2018, Tiada Siaran Langsung Di TV3

Jersi pasukan

Pihak Berita Harian mengesahkan yang tiada siaran langsung di TV3 untuk perlawanan Piala Sumbangsih 2018 di antara Kedah vs JDT.

Dalam kemaskini berita sebentar tadi mereka menjawab kekeliruan daripada penyokong tentang beberapa spekulasi yang berlegar.

Semalam facebook rasmi Kedah meminta maaf di atas kesilapan makluman:

“Dukacita dimaklumkan TV3 tidak akan menyiarkan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.”

“Kami juga mewakili pihak Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.”

“Teruskan menyokong Liga Super 2018 dengan menonton perlawanan di antara Melaka United menentang Kelantan pada jam 8.30 malam hanya di TV9.”

Jadi dengan pengumuman ini diharap anda semua memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN