Quantcast

KOMUNITI

Pemain SA United, Sukor Mohammad Meninggal Dunia Pagi Tadi

Sukor Mohammad yang merupakan pemain bagi kelab di Klang Valley Super League (KVL), SA United dilaporkan meninggal dunia.

Allayarham yang merupakan pemain utama bagi SA United, dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi sebentar sekitar jam 8 pagi.

Sumbangan terakhir

Menurut laman Facebook rasmi SA United, Allahyarham Sukor merupakan antara pemain utama bagi SA United.

Beliau dikenali sebagai seorang pemain jeneral di bahagian tengah SA United. Selain itu beliau juga dikenali sebagai seorang ahli kelab SA United yang cukup semangat serta sayang akan kelab tersebut.

Beliau yang dikenali sebagai Pakkod, amat disenangi dalam kalangan rakan sepasukan di pasukan SA United.

Beliau juga dikatakan antara pemain yang paling dihormati ahli-ahli kelab tersebut.

Allahyarham Sukor memberikan sumbangan terakhir beliau kepada SA United dalam aksi Super League Shah Alam pada 2 hari yang lalu apabila menyumbat gol untuk SA United dalam perlawanan tersebut.

Pasti dirindui

Berita pemergian Allahyarham Sukor menerima liputan meluas dari komuniti bola sepak berasaskan komuniti.

Laman Instagram pasukan Ex Projek Selangor telah menyampaikan ucapan takziah kepada di atas pemergian pemain tersebut.

Selain itu, Shah Alam Antlers juga turut menyampaikan salam takziah kepada pemain utama SA United tersebut.

Pemergian Sukor Mohammad cukup menyayat hati bagi warga keluarga SA United. Bagi mereka, beliau adalah pemain yang cukup penting bagi mereka.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan ucapan takziah diatas pemergian Sukor Mohammad. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Baca juga: Media Prima Tak Dapat Hak Penyiaran Untuk Piala AFC Musim Ini