SUKMA 2018: Skuad Futsal Pulau Pinang Mahu Ulangi Pencapaian Edisi 2013

SUKMA Futsal Pulau Pinang

Skuad futsal Pulau Pinang untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 telah tiba di perkampungan sukan di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah, petang semalam.

Mereka tiba dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka pada SUKMA 2013 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Kali ini, Pulau Pinang telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Pahang dan Terengganu dan setiap kumpulan akan menawarkan dua slot untuk ke suku akhir.

Ketua jurulatih skuad futsal Pulau Pinang, Hasrinizam Hashim berharap persediaan yang telah dilakukan oleh mereka selama 8 bulan lalu akan membuahkan hasil kali ini.

“InsyaAllah kita akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan pingat emas yang kita menangi pada 2013 walaupun pemain kali ini kebanyakkan masih baru dalam futsal.

“Tetapi saya yakin dan percaya dengan semangat serta latihan yang telah dijalankan akan membantu kita di SUKMA Perak nanti,” ujarnya kepada Semuanya BOLA.

Ini merupakan kali ketiga acara futsal dipertandingkan di SUKMA dengan dua edisi sebelum ini telah dimenangi masing-masing oleh Johor dan Pulau Pinang.

Pada 2013, Pulau Pinang yang dibimbing oleh abang kepada Hasrinizam iaitu Hasrinizal Hashim dan Abdul Gaffar Hoosen telah menewaskan Wilayah Persekutuan di final.

Di pentas final, mereka telah berjaya membalas dendam ke atas lawan yang telah menewaskan mereka di peringkat kumpulan itu dengan keputusan besar, 5-1.

Juara edisi 2013, Pulau Pinang. Foto: Futsal SUKMA Pulau Pinang

Setelah 2 edisi berlalu tanpa acara futsal, kini SUKMA kembali mempertandingan futsal dan pastinya tahap permainan para pemain setiap pasukan kali ini lebih baik.

Bagi Hasrinizam, itu adalah cabaran buatnya dalam edisi kali ini dengan kebanyakkan pasukan atau pemain telah didedahkan dengan Liga Futsal Kebangsaan (LFK).

“Pendedahan yang kurang adalah satu kekurangan,” jelasnya lagi mengenai skuadnya dan juga cabaran pertamanya membimbing skuad futsal Pulau Mutiara itu.

Hasrinizam mengumpulkan para pemain daripada sesi pemilihan, maklumat daripada rakan-rakan serta pemantauan di saingan liga atau kejohanan tempatan di Pulau Pinang.

“Peningkatan pemain amat ketara dan saya berharap mereka akan buat keajaiban di Perak nanti,” ujarnya yang mensasarkan skuadnya layak ke peringkat separuh akhir.

Selain itu, skuad futsal Pulau Pinang telah mendapat bantuan tajaan daripada syarikat DFZ Agency Sdn Bhd sepanjang persediaan untuk penyertaan ke SUKMA kali ini.

Untuk merealisasikan pembentukan pasukan dan menjalani rutin latihan, pastinya ia akan melibatkan kos yang besar, jadi bantuan daripada syarikat tersebut amatlah dihargai.

“DFZ Agency telah banyak membantu kami untuk berlatih di gelanggang yang baik serta mendapat kelengkapan yang cukup,” jelasnya kepada Semuanya BOLA lagi.

Menurutnya, Pulau Pinang akan memulakan cabaran di SUKMA pada 9 September menentang Terengganu bertempat di Manjung Indoor Sport Arena (MISA).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN