Sukar Untuk Ronaldo Jaringkan 40 Gol Di Itali- Albiol

Pemain pertahanan Napoli dan Sepanyol, Raul Albiol berpendapat ianya seseuatu yang lebih sukar untuk Cristiano Ronaldo menjaringkan 40 gol di Itali.

Albiol dan Ronaldo adalah bekas rakan sepasukan di Madrid, beraksi bersama Los Blancos di antara 2009 sehingga 2013.

Untuk rekod, Ronaldo menjaringkan 40 gol sebanyak tiga kali dalam tiga musim di La Liga untuk Real Madrid. Pertama kali mencapai jumlah jaringan tersebut pada musim 2010/11, Ronaldo menambah jumlah jaringan kepada 46 gol pada musim berikutnya.

(Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)

Musim 2014/15 adalah musim terbaik buat pemenang 5 kali Ballon d’ Or itu apabila menjaringkan 48 gol La Liga, dan 10 lagi gol di pertandingan UEFA Champions League.

Musim lalu, Ronaldo menjaringkan 26 gol di La Liga dan 15 gol di UEFA Champions League, namun masih belum menemui sentuhan penyudah setakat ini dalam tiga perlawanan bersama Juventus di Serie A.

Dan bagi Albiol, bagaimana bola sepak di Itali dimainkan berbanding Sepanyol mungkin menyukarkan Ronaldo mengulangi pencapaian beliau di Sepanyol sebelum ini.

“Seperti kata kebanyakkan orang, bola sepak di Itali adalah lebih taktikal dan bertahan. Ia juga lebih fizikal di sini, jadi anda harus tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri untuk beraksi di sini.

Real Madrid’s Cristiano Ronaldo celebrates with teammates after scoring a goal against Celta during a Spanish La Liga soccer match between Real Madrid and Celta Vigo at the Santiago Bernabeu stadium in Madrid, Saturday, March 5, 2016. Ronaldo scored four goals in Real Madrid’s 7-1 victory. (AP Photo/Francisco Seco)

“Cristiano [Ronaldo] adalah pemain yang mempunyai kualiti yang sabgat bagus. Tetapi di Itali, ianya sesuatu yang sukar untuk menjaringkan 40 gol di sini.

“Saya juga berharap beliau gagal melakukannya kerana walaupun ia adalah sesuatu yang bagus untuk Ronaldo dan Juventus, ia bukan perkara yang baik untuk Napoli.

“Musim lalu Ronaldo juga bermula dengan perlahan, tetapi masih menamatkan kempen musim lalu dengan jumlah jaringan mengkagumkan bersama Real Madrid.

“Dan saya percaya ia bukan kebetulan untuk pemain seperti Ronaldo mampu menjaringkan jumlah jaringan yang banyak di setiap musim, ujar Albiol kepada AS.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN