Sukan SEA 2019: Tiada Jaminan Tempat Buat Pemain Kacukan Quentin Cheng

Pemain Kacukan Australia-Malaysia, Quentin Cheng telah dipanggil untuk menyertai sesi latihan skuad kebangsaan B-22 yang akan membawa nama negara ke kejohanan Sukan SEA Filipina 2019.

Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee ketika dihubungi Stadium Astro menjelaskan, pemain berusia 20 tahun itu mempunyai keupayaan untuk beraksi di beberapa posisi seperti pertahanan dan sayap.

Kelebihan itu ternyata ditagih oleh Kim Swee terutamanya apabila ada pemain utama yang mengalami kecederaan sewaktu kejohanan sedang berlangsung.

Namun demikian, beliau menegaskan ianya bukanlah jaminan bagi pemain yang berpangkalan di Australia mewakili skuad B-21 Central Coast Mariners itu akan dijamin tempat di dalam senarai akhir 20 pemain.

View this post on Instagram

Keep it local

A post shared by Quentin Cheng (@q.cheng) on

Menurut Kim Swee, semua 28 pemain yang telah dipanggil dalam sesi latihan kali ini perlu mempamerkan aksi dan prestasi terbaik untuk dibawa terbang ke Filipina pada hujung bulan ini.

“Sebelum ini, dia bersama skuad B-19 dan saya rasa dia layak diberi peluang dalam panggilan kali ini dan kami akan tengok macam mana persembahannya (dalam sesi latihan),” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, malam tadi.

23 pemain telah pun melaporkan diri dalam sesi latihan dan baki lima pemain yang sedang bersama skuad B-8 di pusingan kelayakan kejohanan AFC B-19 akan turut serta bersama pasukan pada Rabu.

Teka-teki mengenai dua pemain lebih umur kekal menjadi persoalan dan Kim Swee memaklumkan ianya akan diputuskan selepas dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 November ini.

Dalam masa yang sama, pengendali berusia 48 tahun ini ingin mematikan kecergasan pemainnya berada di tahap terbaik memandangkan kebanyakan pemainnya sudah agak lama tidak beraski dalam perlawanan kompetitif.

“Esok (hari ini) kami akan mengadakan ujian tertentu untuk menilai tahap kecergasan pemain dan daripada situ, saya membahagikan corak latihan mereka.

“Kemungkinan mereka akan dibahagikan kepada latihan berasingan jika ada pemain yang (kecergasannya) didapati masih di tahap yang kurang memuaskan.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram