Sukan SEA 2019: Myanmar Unggul Benam Tuan Rumah

Myanmar berjaya mencatat kemenangan pertama mereka dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Sukan SEA 2019 dengan menundukkan pasukan tuan rumah, Filipina 2-1 di Stadium Memorial Rizal, Manila pada petang Rabu.

Jaringan kemenangan minit akhir oleh Win Nai Tun meletakkan pasukan itu kini di kedudukan kedua kumpulan A selepas mengumpul empat mata dari dua perlawanan.

Posted by Myanmar Football Federation on Wednesday, November 27, 2019

Kemboja yang menewaskan Timor Leste kini memimpin carta kumpulan juga dengan empat mata tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Filipina turun dengan semangat berkobar-kobar terutama dengan kelebihan beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri. Mereka memulakan permainan dengan kawalan bola yang baik, namun dikejutkan corak permainan serangan balas pantas yang dipamerkan Myanmar.

Selepas 17 minit permainan berlangsung, Myanmar terlebih dahulu di depan apabila Myat Kaung Khant membuat hantaran lambung kepada Aung Kung Mann yang merembat masuk di celah kaki penjaga gol Filipina, Anthony Pinthus.

Posted by Myanmar Football Federation on Wednesday, November 27, 2019

Ketika pasukan pelawat rancak mencari gol kedua, The Azkals kemudian bangkit menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama. Dennis Chung membuat hantaran yang disudahkan dengan baik oleh penyerang berusia 19 tahun, Justin Baas.

Pada separuh masa kedua, Filipina dan Myanmar mengatur gerak untuk mencari gol kemenangan. Pinthus beberapa kali menjadi penyelamat pasukan tuan rumah dengan menyelamatkan percubaan Kaung Khat dan beberapa pemain Myanmar yang lain.

Akhirnya gol kemenangan Naing Tun hadir pada minit ke-79 setelah menerima hantaran Kaung Khant yang membuat larian melepasi kawalan pertahanan dan melakukan bantuan jaringan keduanya dalam perlawanan ini.

ဆီးဂိမ်းစ်အိမ်ရှင် ဖိလစ်ပိုင်အသင်းကို အနိုင်ရပြီးနောက် Rizal Memorial ကွင်းအတွင်းမြန်မာပရိသတ်တွေနဲ့ မြန်မာယူ-၂၂ အသင်းသားတွေ နိုင်ငံတော်သီချင်းကို သံပြိုင်သီဆိုခဲ့ကြပါတယ်။

Posted by Myanmar Football Federation on Wednesday, November 27, 2019

Myanmar akan bertemu Timor-Leste untuk perlawanan ketiga pada Jumaat 29 November ini bertempat di stadium yang sama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram