Sukan SEA 2019: Myanmar Lebih Berhak Menang, Pengadil Banyak Buat Silap – Velizar Popov

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Perlawanan pertama acara bola sepak kumpulan A kejohanan Sukan SEA 2019 di antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Memorial Rizal, Manila menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dalam laporan oleh Stadium Astro, ketua jurulatih pasukan B-22 Myanmar, Velizar Popov mengatakan, jika tidak kerana kesilapan pengadil, pasukannya lebih berhak mengutip tiga mata pada perlawanan tersebut.

Bekas ketua jurulatih Kelantan ini tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kepada pengadil perlawanan dari Taiwan, Chen Hsin Chuan yang dikatakan telah membuat beberapa kesilapan sepanjang perlawanan berkenaan.

Posted by Myanmar Football Federation on Monday, November 25, 2019

Tambah beliau lagi, jika tidak kerana faktor demikian, Myanmar sudah pasti menang dan muncul pendahulu kumpulan itu.

“Mungkin saya terlalu dramatik tetapi apabila pengadil menghentikan perlawanan sewaktu pemain berada di depan gol, sesiapa sahaja akan menjadi seperti itu.

“Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu sekarang kerana mereka mungkin akan menghukum saya,” ujar Popov merujuk kepada kejadian di mana pengadil tidak memberikan ‘advantage’ selepas pemain Myanmar dijatuhkan tetapi pasukannya sedang membuat serangan balas pantas.

Posted by Myanmar Football Federation on Monday, November 25, 2019

Pengadil Chen Hsin Chuan ketika itu turut memohon maaf kepada ketua pasukan Myanmar, Hlaing Bo Bo dan meletakkan tangan pada dada sebagai tanda mengakui kesalahannya.

“Saya boleh bayangkan apa yang akan terjadi dalam perlawanan kedua nanti walaupun saya tidak mahu membayangkannya.

“Jadi, tolong jangan tanya saya mengenainya,” katanya lagi.

Popov bagaimanapun tetap bersyukur dengan satu mata yang diraih dalam perlawanan itu dan berjaya membuktikan Myanmar bukanlah calang-calang pasukan dan mampu mencabar kejuaraan dalam edisi Sukan SEA pada tahun ini.

“Hari ini (semalam), kami tidak begitu bagus sewaktu menguasai bola. Sudah pasti saya perlu memuji Malaysia kerana mereka amat kuat secara fizikal. Mereka memberikan tekanan dengan amat baik dan tersusun.

“Taktikal mereka amat menarik. Kami akan mencuba untuk mempamerkan permainan yang lebih baik,” tambahnya.

Dalam perlawanan kedua, Myanmar akan bertemu pasukan tuan rumah Filipina pada petang Rabu, manakala Malaysia pula akan bertemu Filipina pada Jumaat.