Sukan SEA 2019: Indonesia Kejutkan Juara Bertahan, Thailand

indonesia_thailand_sukan_sea_egy_maulana_vikri

Selepas melalui minggu atau mungkin bulan yang perit buat bola sepak Indonesia, skuad Sukan SEA mereka akhirnya memberikan perkhabaran gembira buat seluruh penyokong mereka apabila berhasil membenam juara bertahan, Thailand dengan keputusan 2-0, untuk aksi pertama kedua-dua pasukan di Kumpulan B.

Persediaan rapi Indra Sjafri membentuk skuadnya untuk kejohanan dwi tahunan ini nampaknya membuahkan hasil biarpun berdepan lawan sukar, Thailand. Di saat Gajah Perang memilih untuk tidak membawa pemain lebih umur, Garuda Muda meminjam kudrat Evan Dimas dan Zulfiandi untuk mengisi kouta tersebut – kedua-duanya berada dalam kesebelasan utama Indonesia, kelmarin.

Indonesia membuka jaringan di minit ke-4 hasil ledakan jarak dekat Egy Maulana Vikri bermula daripada sepakan penjuru sebelum Osvaldo Haay melengkapkan kemenangan 2-0 mereka hasil serangan balas pantas pada penghujung perlawanan.

Ini permulaan yang baik buat skuad Indonesia kerana kali terakhir mereka membuka kejohanan dengan kemenangan adalah pada edisi 2011 di Jakarta. Lebih bermakna ia direkodkan ke atas juara bertahan yang membawa skuad penuh pemain berbakat.

Bercakap kepada Bangkok Post, pengendali Gajah Perang, Akira Nishino memilih untuk tidak menyalahkan kualiti padang sintetik kerana baginya Indonesia juga beraksi di atas padang yang sama.

“Ia memang memberikan kesan kepada kami [keadaan padang]. Tetapi bukan kami sahaja yang beraksi di padang itu, Indonesia juga bermain di padang yang sama. Indonesia lebih cepat membiasakan diri dengan keadaan padang berbanding kami.

“Kami kini harus melihat semula kecergasan para pemain kerana beberapa pemain kelihatan sangat penat pada penghujung aksi,” jelas Akira Nishino yang juga adalah pengendali skuad senior.

Bagi Indra Sjafri pula, hasil persediaan awal mereka dengan padang sintetik ketika latihan dan juga perlawanan dengan lawan berkualiti telah membantu Garuda Muda untuk membenam Thailand.

“Alhamdulillah, syukur kerana berjaya kalahkan Thailand. Menang untuk aksi pertama kumpulan sangat penting untuk dijadikan modal bagi melalui perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Terima kasih kepada PSSI [Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia] kerana menyediakan fasiliti agar boleh berlatih di padang sintetik dan beradu tenaga dengan lawan-lawan yang berkualiti,” jelas pengendali Indonesia itu lagi yang dipetik daripada Bola Tempo.

Kredit Featured Image: PSSI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN