Sukan SEA 2019: Hadi Fayyadh Tekad Tebus Kekecewaan, Fokus Misi Belasah Timor-Leste

Tewas kepada pasukan tuan rumah, Filipina dalam perlawanan perlawanan kedua peringkat kumpulan di kejohanan Sukan SEA 2019 tempoh hari menjadi pengajaran berharga buat skuad bawah 22 tahun (B-22) negara terutamanya buat penyerang utama, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak yang gagal menyumbang gol dalam perlawanan tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, Hadi Fayyah berkata beeliau bertekad untuk melupakan kegagalan itu dan beliau kini rakan sepasukannya dalam motivasi terbaik untuk merakam kemenangan ke atas Timor-Leste dalam perlawanan ketiga pada Isnin.

Penyerang berusia 19 tahun itu sedar hanya kemenangan besar sahaja yang mampu menyelamatkan pasukan negara daripada tersingkir awal di peringkat kumpulan. Oleh itu, Hadi Fayyadh telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai penyerang utama bagi mendapatkan sebanyak mungkin gol.

“Selepas kekalahan itu (di tangan Filipina), tidak dinafikan semua pemain kecewa kerana tiada siapa yang mahukan kekalahan. Namun, selepas dua hari ini semua pemain nampak sudah kembali fokus dan bermotivasi.

“Kami perlu lupakan kekalahan itu kerana kami ada tugasan yang belum selesai. Ada lagi dua perlawanan yang perlu kami harungi.

“Sebagai penyerang sudah pasti tugas saya adalah menjaringkan gol, begitu juga pemain di bahagian serangan yang lain. Kami semua akan berikan aksi terbaik bagi meraih kemenangan ke atas Timor Leste… itu yang paling penting,” kata penyerang kelab Fagiano Okayama itu.

Dalam masa yang sama, Hadi Fayyadh mengakui akan masalah ketumpulan barisan serangan negara dalam dua perlawanan pertama sekalipun memperoleh banyak peluang yang terhidang dan beliau berharap perkara itu tidak akan berulang untuk baki dua perlawanan seterusnya ini.

Dalam perlawanan menentang Filipina, skuad B-22 menampilkan corak perlawanan yang tidak menyakinkan dan gagal menguasai permaianan sehinggalah dibolosi satu gol hasil kesilapan penjaga gol Muhamad Haziq Nadzli.

Dengan mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Myanmar, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu tiada pilihan lain melainkan meraih kemenangan besar dalam dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram