Sukan SEA 2019: Gandingan ‘3S’, Ekanit Panya Jadi Taruhan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Thailand

Thailand tidak mengisi kuota pemain senior yang dibenarkan apabila membariskan kesemua pemain di bawah usia 22 tahun pada saingan Sukan SEA 2019.

Namun, pemain-pemain muda yang sudah mengecapi kaps antarabangsa seperti gandingan ‘3S’, Supachok Sarachat dan adiknya, Suphanat Muenta bersama-sama Supachai Jaided serta Ekanit Panya bakal menjadi taruhan ketua jurulatih, Akira Nishino di Filipina nanti.

”Pertandingan bola sepak pada Sukan SEA sangat menekan tenaga pemain kerana ia berlangsung dalam tempoh yang singkat. Saya pernah beraksi di Sukan SEA dan saya tahu pertandingan ini sangat ketat.”

”Semua pemain tidak boleh hanya dipersiapkan dengan fizikal yang baik sahaja tetapi juga mental. Saya akan terus memberikan motivasi kepada semua pemain,” ujar pembantu jurulatih Thailand, Tawan Sripan.

Thailand yang turun dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Kuala Lumpur pada 2017 berada dalam kumpulan B  bersama-sama Vietnam, Indonesia, Singapura, Laos dan Brunei.

Senarai penuh skuad Thailand bagi menghadapi Sukan SEA 2019

Penjaga gol: Korraphat Nareechan (Khonkaen FC) Nont Muangngam (Chiangmai FC)

Pertahanan: Jaturapat Sattham (Chainat Hornbill FC) Saringkarn Promsupa (SCG Muangthong United) Chatchai Saengdao (SCG Muangthong United) Sarayut Sompim (PPT Rayong FC) Shinnaphat Leeaoh (Singha Chiangrai United) Thitathorn Aksornsri (Police Tero FC)

Tengah: Worachit Kanitsribampen (Chonburi FC) Chatmongkol Thongkiri (Chainat Hornbill FC) Kritsada Kaman (Chonburi FC) Wisarut Imaura (True Bangkok United) Ratthanakorn Maikami (Buriram United) Ekanit Panya (Singha Chiangrai United) Anon Amornlerdsak (True Bangkok United) & Jaroensak Vongkorn (Samut Prakarn City FC)

Penyerang: Sittichok Paso (Chonburi FC) Supachok Sarachat (Buriram United) Supachai Jaided (Buriram United) Suphanat Mueanta (Buriram United)

Kredit foto: Changsuek