Sukan SEA 2019: Datuk Haji Hamidin Yakin Kemampuan Pasukan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mendedahkan bahawa beliau yakin dengan kemampuan anak buah Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi saingan Sukan SEA 2019 di Filipina nanti.

Keyakinan Presiden FAM itu ada asasnya jika melihatkan kepada barisan pemain meskipun senarai akhir 20 pemain masih belum diumumkan pengendali kelahiran Melaka itu.

“Kita dapat lihat skuad kebangsaan dibawah pimpinan beliau [Datuk Ong Kim Swee] mampu menempa kejayaan.”


“Ini juga membuka peluang kepada setiap pemain untuk membuktikan kemampuan masing-masing,” ujar Datuk Haji Hamidin bercakap selepas menyaksikan dua perlawanan persabahatan yang dilalui Skuad B-22 negara di Arena MPSJ, petang tadi.

Menurut sumber FAM, kedua-dua perlawanan [menentang Northern Territory Selection dan Western Australia Selection] yang berlangsung selama 50 minit itu menyaksikan skuad negara menang 3-0 dan 2-0.

Sementara itu dalam persaingan Sukan SEA yang bermula 25 November ini, skuad negara telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama tuan rumah, Filipina, Myanmar, Timor Leste dan Kemboja bagi merebut dua slot ke separuh akhir.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)