Sukan Olimpik: Brazil Diikat Ivory Coast, ‘Kuda Tua’ Selamatkan Maruah Perancis

Andre-Pierre Gignac Perancis Olimpik

Juara bertahan Brazil gagal meneruskan aksi cemerlang mereka di pentas Sukan Olimpik selepas terikat tanpa jaringan dengan Ivory Coast dalam kumpulan D.

Perlawanan itu turut menyaksikan pemain tengah Aston Villa Douglas Luiz dibuang padang hanya selepas 13 minit perlawanan berlangsung selepas dipersalahkan kerana menarik bekas pemain sayap Leeds United, Max Gradel.

Luiz pada awalnya cuma dilayangkan kad kuning, namun selepas pengadil membuat semakan menerusi VAR keputusan berubah kepada kad merah kerana menafikan peluang gol yang jelas.

Ivory Coast yang menang ke atas Arab Saudi dalam aksi pembukaan turut menerima nasib sama apabila Eboue Kouassi diarahkan meninggalkan padang selepas menerima kad kuning kedua.

Skuad Brazil yang diketuai oleh bekas pertahanan Barcelona, Dani Alves masih mendahului kumpulan dengan empat mata selepas membelasah Jerman dalam perlawanan pertama tempoh hari.

Dalam satu lagi perlawanan, Perancis bangkit tiga kali daripada ketinggalan sebelum mencatat kemenangan penting 4-3 ke atas Afrika Selatan bagi menghidupkan peluang mereka.

Tewas dalam aksi pertama kumpulan A kepada Mexico tempoh hari, nasib Perancis dilihat seolah-olah bakal terkubur sehinggalah Andre-Pierre Gignac merekodkan hatrik pada babak kedua.

Penyerang berusia 35 tahun yang bermain untuk Tigres di Liga Mexico itu kini merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol dalam dua perlawanan.

Afrika Selatan pula sudah terkeluar dari saingan walaupun mereka mendahului tiga kali pada babak kedua menerusi Kobamelo Kodisang, Evidence Makgopa dan Teboho Mokoena.

Keputusan lain menyaksikan Honduras menang 3-2 ke atas New Zealand, sementara Argentina menang tipis 1-0 ke atas Mesi dan Sepanyol mencatat kemenangan ke atas Australia 1-0.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak antarabangsa:

5 Deep-Lying Midfielder Terhebat Dunia Ketika Ini

Mengapa Penyokong PSG Benci Pogba?

Benarkah Wijnaldum Tinggalkan Anfield Kerana Tak Tahan Perangai Penyokong Liverpool?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply