‘Sudah Sampai Masa United Menang Trofi’ – Ole Gembira United Ke Separuh Akhir Piala FA

Harry Maguire Manchester United Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer jelas gembira dengan kejayaan pasukannya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan Norwich City 2-1 sekalipun terpaksa bekerja keras sebelum menang hasil gol pada masa tambahan.

Ketika perlawanan di Carrow Road itu seakan-akan perlu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, Kapten United, Harry Maguire meledak gol dua minit sebelum perlawanan tamat dengan rembatan jarak dekat.

Skuad The Red Devils yang meletakkan Marcus Rashford, Anthony Martial dan Paul Pogba di bangku simpanan terlebih dahulu meledak gol pertama perlawanan menerusi sepakan ‘kung-fu’ Odion Ighalo pada minit ke-51.

Namun Norwich berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain muda yang sedang meningkat naik, Todd Cantwell melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan Sergio Romero.

Norwich kemudian terpaksa mengharungi keseluruhan masa tambahan dengan bermain kurang seorang pemain selepas Timm Klose dilayangkan kad merah pada minit ke-89 kerana menjatuhkan Ighalo yang berpeluang untuk menjaringkan gol.

Kemenangan itu menjadikan United pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir sekaligus memanjangkan lagi rekod tanpa kalah mereka kepada 14 perlawanan dalam semua pertandingan.

“Kami sudah ke separuh akhir dan kami gembira dengan keputusan ini. Musim lepas kami terkandas di suku akhir selepas tewas kepada Wolves. Sekarang kami akan ke Wembley,” ujar Solskjaer dalam sidang media selepas perlawanan.

“Ianya pernting untuk pasukan ini untuk melangkah ke perlawanan akhir atau lebih baik lagi mendapatakan trofi pertama mereka. Kejayaan itu akan membantu dalam menerapkan budaya atau mentaliti kemenangan dalam pasukan.”

Dalam pada itu, Solskjaer turut memuji persembahan penjaring gol kemenangan, Maguire yang menjadi subjek kritikan oleh bekas kapten United, Roy Keane sewaktu seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur tempoh hari.

“Harry adalah pemain yang hebat sejak hari pertama dia tiba di kelab ini. Kepimpinannya, kemahirannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Lihat bagaimana dia membantu dalam membina serangan dalam perlawanan ini. Saya gembira dengannya,” tambah Solskjaer lagi.

Ianya adalah gol kedua Maguire dalam saingan Piala FA musim ini dengan gol pertamanya adalah rembatan dari jarak jauh ketika menewaskan Tranmere Rovers.

“Dua gol itu berbeza dan mungkin dua gol yang kamu tak sangka dijaringkan oleh pemain sepertinya. Satu rembatan dari jarak 25 ela yang tepat menuju ke penjuru gawang dan satu lagi gol seorang ‘poacher’ di hadapan gol.”

Ole turut memuji penyerang yang sedang dipinjam dari Shanghai Shenhua, Idion Ighalo yang meruskan rekod menjaringkan gol setiap kali memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama United.

Saksikan sorotan perlawanan di sini:

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram