Subasic Wira Negara Croatia Dengan 3 ‘Saves’ Dalam Penentuan Penalti

Perlawanan terus bermula rancak. 2 gol dihasilkan dalam tempoh kurang 5 minit masing-masing daripada serangan pertama mereka.

Denmark di hadapan menerusi Jorgensen seawal minit pertama perlawanan selepas keadaan kelam kabut di hadapan gol Denmark selepas lontaran panjang dilakukan Knudsen.

Croatia terus membalas gol itu menerusi penyerang sensasi mereka, Mario Mandzukic pada  minit ke-4. Ini selepas bola yang mahu dikeluarkan terkena kepala Christensen dan singgah betul-betul di hadapan Mandzukic.

Menuju ke minit ke-29, Kasper Schmeichel menepis bola 2 kali menyelamatkan keadaan bahaya. Tindakan susulan Perisic menghampakan.

Dejan Lovren menanduk bola yang sedikit tersasar hasil umpanan sepakan percuma Modric.

Sebelum rehat, Eriksen melencongkan bola yang terkena penjuru palang gol. Rakitic kemudiannya melakukan percubaan tepat namun diselamatkan oleh Schmeichel.

Separuh masa kedua, aksi berlangsung agak hambar walaupun ada beberapa percubaan daripada kedua-dua pasukan. Rakitic gagal menyempurnakan peluang yang beliau miliki.

Yussuf Poulsen melakukan percubaan yang tepat ke arah Subasic pada minit ke-72. Croatia jelas bergelut dengan prestasi mereka dalam perlawanan ini.

Modric cuba melakukan gol dari jarak jauh pada minit ke-78, namun usaha beliau sia-sia. Sebelum wisel 90 minit, Schone melakukan percubaan ke arah gol namun, tak sempurna.

Masa tambahan dan penentuan penalti

Masa tambahan 30 minit Denmark melakukan ancaman daripada situasi lontaran ke dalam oleh Knudsen.

Croatia berpeluang untuk menamatkan perjuang Denmark apabila diberikan penalti selepas Kramaric dijatuhkan Jorgensen. Menariknya, Jorgensen hanya dilayangkan kad kuning.

Namun begitu, penalti Modric diselamatkan oleh Kasper Schmeichel.

Perlawanan masih terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit. Penentuan penalti akan dilangsungkan.

Subasic melakukan 3 ‘saves’, mengulangi pencapaian Ricardo untuk menjadi hanya 2 penjaga gol melakukan 3 saves dalam 1 penentuan penalti di Piala Dunia.

Eriksen dan Schone antara 2 pakar bola mati yang gagal menyempurnakan penalti. Aksi 2 penjaga gol ini memang wajar dipuji.

Croatia menang 3-2, Modric berjaya mengatasi tekanan selepas gagal menyempurnakan penalti sebelum ini. Rakitic menyempurnakan penalti untuk memastikan Croatia mara ke suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN