Subang Protap FT Tambah Derita TTDI Terrapins, Menang 2-1

Perlawanan ketiga bagi minggu kelima saingan Selangor Champions League menyaksikan perlawanan diantara pasukan TTDI Terrapins FC menentang pasukan Subang Protap FC di mana perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 berpihak kepada pasukan Subang Protap FC.

Pasukan TTDI Terrapins kali ini menurunkan rata-rata pemain muda mereka manakala Subang Protap menurunkan kesebelasan utama mereka yang berjaya menewaskan Shah Alam United 4-2 pada minggu lalu.

Sebaik sahaja wisel perlawanan bermula kedua-dua pasukan mula mengatur serangan.

Pasukan TTDI Terrapins kali ini bermain dengan strategi ‘high pressing’ bagi menutup ruang pemain-pemain Subang Protap dari menghasilkan peluang.

Manakala pasukan Subang Protap bermain dengan hantaran-hantaran pendek dalam usaha untuk mengekalkan penguasaan juga untuk melepasi kawalan ketat pemain TTDI Terrapins.

Peluang keemasan pertama hadir pada minit ke-20 perlawanan untuk pasukan TTDI Terrapins namun percubaan tersebut terkena palang.

Namun dalam keghairahan mengetuk gawang gol pihak lawan, TTDI Terrapins dihukum apabila satu serangan balas pasukan Subang Protap berjaya memperoleh gol.

Ianya merupakan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan TTDI, Kamaruzz Nasaridan pada minit ke-22 perlawanan yang gagal mengeluarkan lorongan pemain sayap kanan Subang Protap.

Selepas berjaya mendapat gol pertama, Subang Protap terus agresif mengetuk gawang gol pihak lawan bagi menggandakan kedudukan.

Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-29 perlawanan apabila satu tandukan berjaya dihasilkan namun sedikit tersasar.

Masuk babak kedua giliran pasukan TTDI Terrapins pula mengawal penguasaan padang dengan pasukan Subang Protap lebih pasif dan hanya menunggu masa untuk melakukan serangan balas.

Pada minit ke-45 TTDI Terrapins berjaya mendapat peluang keemasan namun percubaan Fadhullah Mat Rawi terlalu kuat dan hanya sekadar melewati palang gol Subang Protap.

TTDI Terrapins terus menerus melakukan percubaan namun tiada penyudah yang kemas menyaksikan tiada jaringan penyamaan berjaya dihasilkan.

Sebaliknya, pasukan Subang Protap pula berjaya menggandakan kedudukan melalui satu ‘build up play’ dari bawah dihantar jauh kepada pemain sayap mereka yang berjaya membuat lorongan cantik kepada Razzmir Ashraff untuk gol kedua Subang Protap pada minit ke-57 permainan.

Jaringan tunggal TTDI Terrapins hanya hadir pada minit ke-65 perlawanan selepas kesilapan pemain pertahanan Subang Protap memberi peluang kepada Aqim Salulihuddin untuk menghasilkan gol.

Tamat perlawanan dengan keputusan 2-1 berpihak kepada pasukan Subang Protap FT.

Kekalahan ini juga menyaksikan kekalahan ke-3 berturut-turut buat TTDI Terrapins dan kemenangan ke-2 berturut-turut buat Subang Protap FT.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN