Subahan Kamal Jadi Presiden FAS, Sundram & Rosman Juga Turut Kekal

Datuk Seri Subahan Kamal terpilih menjadi presiden FAS yang baharu selepas menang tanpa bertanding jawatan presiden FAS dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa FAS yang diadakan tadi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Azmin Ali yang meletakkan jawatan kerana sudah letih dengan cara pengurusan lapuk yang ditunjukkan exco FAS.

Sundra & Rosman turut kekal

2 individu yang dibenci penyokong Selangor ketika itu iaitu Datuk S. Sivasundram dan juga Rosman Ibrahim juga turut kekal di FAS.

Mereka kekal dengan Rosman menjadi Setiausaha Agung FAS manakala Sivasundram kekal menjadi Bendahari FAS.

Selain itu juga, 2 bekas pemain Selangor iaitu Nazzab Hidzan dan juga K. Sambagamaran juga turut terpilih.

Mereka bedua dipilih sebagai ahli jawatankuasa di dalam FAS.

Berikut adalah senarai penuh barisan kepimpinan FAS yang baharu:

  • Presiden: Datuk Seri Subahan Kamal
  • Timbalan Presiden: Dato’ Sri Shahril Mokhtar
  • Naib Presiden: Abdul Rauf Ahmad
  • Naib Presiden: Datuk Lim Thiang Shiang
  • Naib Presiden: Nizam Sani
  • Naib Presiden: K. Palanisamy
  • Setiausaha Agung: Rosman Ibrahim
  • Bendahari: Datuk S. Sivasundram
  • AJK FAS: Datuk Ariffin Abd Hamid
  • AJK FAS: Datuk PS Sugumaran
  • AJK FAS: Simon Lim Swee Teck
  • AJK FAS: Md [email protected] Mohd Noor
  • AJK FAS: Nazzab Hidzan
  • AJK FAS: K. Sambagamaran

Jadi penyokong Selangor, gembira?

Baca juga: Perang Manifesto TMJ VS TSAM, Ini Penilaian Awal Berdasarkan 4 Aspek Utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram